Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancong S’pura alami angin ahmar di Poland, perlu bantuan pulang ke tanah air

Insurans pelancongan yang dibeli tidak lindungi kos perubatan berkaitan keadaan kesihatan terdahulu
Nov 16, 2023 | 11:35 AM



Percutian ke luar negara berubah menjadi mimpi ngeri bagi seorang pelancong Singapura apabila beliau diserang angin ahmar hingga tidak mampu bergerak dan kemudian terpaksa jalani rawatan di Warsaw, Poland.

Ekoran pendarahan otak yang menyebabkan Encik Norhisam Buang, 48 tahun, mengalami serangan angin ahmar itu, beliau terpaksa menjalani rawatan di hospital Szpital Orlowskiego.

Akibat kos yang terlalu tinggi yang perlu dibiayainya untuk pulang ke tanah air, yang tidak dilindungi pelan insurans yang dibelinya, Encik Norhisham kini dikatakan sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan.

Kisah insiden malang ini didedahkan menerusi satu catatan di Instagram oleh anak tunggalnya, Encik Mohamed Hakim, 22 tahun, yang juga telah melancarkan satu usaha mengumpul dana sehingga $23,000 bagi membiayai kos penerbangan ayahnya itu, menerusi laman gogetfunding.com.







Dalam catatannya itu, Encik Hakim, seorang penuntut di Kolej Seni Lasalle berkata:

“Sewaktu bercuti di Poland, ayah saya mengalami serangan ngeri secara tiba-tiba – iaitu angin ahmar yang berpunca daripada tekanan darah yang tinggi, hingga menyebabkan pendarahan kritikal di otaknya.”

“Kini terperangkap di negara asing, hanya terdapat satu cara sahaja untuk bawanya pulang ke Singapura, iaitu menerusi ambulans udara, yang membabitkan kos besar.”

Sehingga 10 pagi Khamis, Encik Hakim telah berjaya mengumpul sejumlah $23,888 menerusi laman itu – melepasi sasarannya dalam tempoh sekitar tiga hari.







Apabila dihubungi Berita Harian (BH), Encik Hakim berkata ayahnya telah berlepas dari Singapura bersama seorang teman rapat ke Poland pada 1 November. Mereka sepatutnya pulang pada 13 November.


Serangan angin ahmar itu berlaku pada pagi 3 November, apabila ayahnya sedang berada dalam perjalanan pulang ke hotel selepas membeli barang keperluan dari sebuah kedai, katanya yang menerima berita itu daripada teman ayahnya itu.

“Saya diberitahu, sewaktu ayah sedang berjalan pulang, beg yang dibawanya terjatuh namun beliau tidak perasan itu telah berlaku,” ujar Encik Hakim menerusi WhatsApp.

“Kemudian ayah berkata, beliau rasa mabuk dan apa yang terjadi selepas itu adalah, beliau tidak berupaya berdiri. Ayah kemudian berkata beliau tidak dapat rasakan tangan dan kaki kirinya.”

Pejalan kaki yang berada di tempat kejadian kemudian menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital.

Beliau disahkan menghidap hematoma, atau pendarahan di bahagian kanan otaknya, namun kini kian pulih dan keadaannya bertambah baik, kata Encik Hakim.

“Namun beliau belum pulih sepenuhnya untuk pulang sendiri dan masih agak lemah,” tulisnya lagi di WhatsApp.

Untuk membawa ayahnya pulang, beliau perlu menggunakan kaedah ambulans udara – iaitu pengangkutan pulang ke tanah air menerusi pesawat di bawah penjagaan rawatan – yang dianggar menelan belanja sekitar $23,000.

Walaupun beliau telah berjaya mengumpul jumlah itu, Encik Hakim berkata ia mengambil sekitar tujuh hari bagi laman gogetfunding memproses pemindahan wang itu kepada akaunnya.

Beliau juga harus memikirkan cara untuk memindahkan wang ke negara asing bagi membiayai kos perubatan hospital di Warsaw yang mungkin mengambil masa yang lebih lama.

“Saya juga belum tahu apa lagi kos perlu dibiayai selepas ayah pulang di Singapura,” ujarnya.

Susulan permohonan pengumpulan dana itu, beberapa pengguna Instagram telah menyoal Encik Hakim di ruang komen catatannya itu mengapa ayahnya tidak mendapatkan pelan insurans pelancongan.

Encik Hakim menerangkan kepada BH, bahawa ayahnya telah membeli satu pelan pelancongan asas, namun kos itu tidak meliputi kos rawatannya di Poland atas sebab keadaan kesihatan yang dialami ayahnya sebelum ini.

Beliau menambah, ayahnya telah didiagnos menghidap tekanan darah tinggi baru-baru ini.

“Atas sebab diagnosis klinikal itu, insurans yang dibelinya itu tidak dapat melindungi insiden tersebut yang dikaitkan dengan keadaan tekanan darah tingginya itu,” katanya lagi.

Menurutnya, ayahnya itu tetap membeli pelan insurans asas sebelum berangkat, meskipun ia tidak dapat membiayai kos rawatan perubatan yang dikait dengan keadaan kesihatan yang pernah didiagnos terdahulu, tambah Encik Hakim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >