Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan Crowne Plaza boleh dapat wang semula

Hotel di Lapangan Terbang Changi ditutup dua minggu sementara MOH siasat dua kes Covid-19
Jan 09, 2021 | 05:30 AM



PELANGGAN yang telah membuat tempahan penginapan di Hotel Crowne Plaza Changi Airport boleh membatalkan tempahan dan menerima semua wang mereka semula, menurut hotel itu.



Ini menyusuli pengumuman penutupan hotel itu dari semalam hingga 21 Januari sementara siasatan Kementerian Kesihatan (MOH) dijalankan untuk dua kes jangkitan Covid-19 yang tidak mempunyai kaitan.



Dalam satu kenyataan semalam, hotel itu berkata pelanggan juga diberi pilihan menukar penginapan mereka ke hotel lain di bawah syarikat induknya, InterContinental Hotels Group (IHG).



Pilihan ini turut ditawarkan kepada tetamu terjejas akibat penutupan hotel itu.



"Jika mereka memilih mendaftar keluar lebih awal sebelum akhir penginapan mereka, mereka akan mendapat ganti rugi sewajarnya," kata jurucakap hotel itu.



Ditanya berapa ramai pelanggan terjejas, beliau tidak mendedahkannya.



Beberapa pengendali tempahan yang dihubungi Berita Harian berkata mereka sudah menghentikan tempahan penginapan di hotel itu sejak semalam.



Cik Sarah Wan, Pengarah Pemasaran Asia Tenggara syarikat Klook, berkata pelanggan mereka kini tidak dapat melakukan tempahan bagi hotel itu di laman Klook.



"Kami telah menerima arahan daripada Lembaga Pelancongan Singapura (STB) agar menghentikan tempahan ke Crowne Plaza Changi Airport dari semalam hingga 21 Januari hingga siasatan MOH selesai.



"Pelanggan terjejas boleh menghubungi kami dan kakitangan kami akan membantu mereka," kata Cik Wan.



Menurutnya lagi, pelanggan terjejas boleh menangguhkan tempahan atau menukar tempahan mereka ke hotel lain yang layak bagi Baucar Teroka Semula Singapura (SRV).



Kelmarin, MOH mengatakan Crowne Plaza Changi Airport akan ditutup dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga, kerana tidak dapat ditolak kemungkinan jangkitan Covid-19 berlaku di hotel itu.



Hotel ini akan berhenti menerima tetamu baru, dan kru penerbangan asing dan tetamu sedia ada akan didaftar keluar secara bertahap, kata MOH.



Kru penerbangan yang bakal tiba di Singapura pula akan ditempatkan di kemudahan alternatif.



Restoran dan ruang acara di hotel itu juga ditutup, dan menjalani pembersihan dan pembasmian kuman.



Sementara itu, MOH sudah mula menguji semua kakitangan di hotel itu bagi jangkitan Covid-19.



Kes kedua yang bekerja di restoran Azur di restoran itu seorang wanita warga Malaysia berusia 43 tahun, yang menyampaikan makanan bungkusan kepada kru penerbangan dan tetamu lain hotel tersebut.



Beliau salah seorang daripada dua kes masyarakat yang tidak mempunyai kaitan dengan kes lain yang dilaporkan kelmarin.



Pemegang pas pekerja itu pekerja Azur kedua diuji positif jangkitan Covid-19 setelah seorang warga Korea Selatan disahkan sebagai pesakit Covid-19 Rabu lalu.



Seperti warga Korea Selatan itu, wanita tersebut tidak berinteraksi bersama pengunjung restoran itu.



MOH berkata wanita itu menunjukkan simptom ketika bekerja pada Ahad lalu dan telah pergi ke klinik, tempat beliau diuji, pada Selasa lalu.



Keputusan ujian positif bagi jangkitan Covid-19 esoknya dan beliau dihantar ke Pusat Kebangsaan Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dalam ambulans.



Hasil ujian serologinya negatif, menunjukkan ia mungkin jangkitan semasa.



Siasatan awal menunjukkan wanita itu mungkin tidak dijangkiti dengan varian Covid-19 yang lebih berjangkit yang menular di Britain, kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >