Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelantikan CEO baru bagi HDB, NEA

Dec 01, 2020 | 05:30 AM



DUA agensi pemerintah mengumumkan perubahan kepimpinan semalam.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dipimpin oleh Encik Tan Meng Dui - yang sekarang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) - apabila beliau dilantik secara rasmi pada 26 Februari tahun depan.



Encik Tan, 53 tahun, menggantikan CEO HDB, Dr Cheong Koon Hean, 63 tahun, yang akan berundur pada 1 Januari depan.



Pengganti Encik Tan di NEA ialah Encik Luke Goh, 45 tahun, yang sekarang bertugas sebagai Timbalan Setiausaha (Perdagangan) di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) berkata Encik Tan memimpin NEA dalam perjuangan Singapura menentang pandemik Covid-19.



Ini termasuk merancang dan melaksana usaha jarak selamat bagi seluruh pemerintah dan memantau usaha membasmi kuman berhubung kes baru Covid-19.



Selain itu, Encik Tan, yang berkhidmat bersama NEA sebagai CEO sejak 2 Oktober 2018, juga membimbing agensi itu dalam menyemak beberapa dasar utama, membangun keupayaan baru dan memperkenal program-program baru bagi memastikan sekitaran Singapura terus bersih dan berdaya tahan, kata MSE.



Dalam satu kenyataan berasingan, HDB berkata Encik Tan, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pembangunan Negara (MND), membimbing pembentukan beberapa dasar perumahan utama bagi keperluan perumahan jangka panjang dan berbilang di sini.



Ia juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Cheong, yang berkhidmat sebagai CEO sejak 2010.



"Di bawah kepimpinannya, HDB memperkukuh keupayaan memenuhi permintaan perumahan yang kuat, sementara memastikan mutu dan pembangunan berdaya tahan," ujar HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >