Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelatih paramedik SCDF dalam keadaan kritikal ekoran nahas motosikal di Bartley Road East

Feb 23, 2019 | 03:53 PM

SEORANG pelatih paramedik Pasukan Pertahan Awam Singapura (SCDF) berusia 22 tahun kini bertarung nyawa selepas motosikal yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan awal bulan ini.

Cik Nuruljannah Mohammad Razib dan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) SCDF sedang menaiki motosikal itu untuk ke satu acara kerja pada 11 Februari lalu, apabila motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Bartley Road East.

Kedua-dua pegawai SCDF itu bertugas di Balai Bomba Paya Lebar.

Menurut SCDF, Cik Nuruljannah membonceng motosikal itu dan mengalami kecederaan serius akibat nahas tersebut.

Beliau kini dirawat di unit jagaan rapi Hospital Besar Changi (CGH).

Menurut SCDF, NSF itu dan penunggang satu lagi motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu turut dibawa ke CGH dalam keadaan sedar. Mereka mengalami kecederaan pada tubuh mereka.

Baru-baru ini, sepucuk surat yang difahamkan ditulis oleh bapa Cik Nuruljannah, Encik Mohammad Razib Samsudin, tular di dalam talian.

Menerusi surat itu, Encik Mohammad Razib meminta jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat untuk mendoakan anak perempuannya.

Dalam pada itu, NSF yang dimasukkan hospital itu telah dibenarkan pulang ke rumah pada 14 Februari lalu. Beliau kini diberi cuti hospital.

SCDF berkata mereka turut memberi segala bantuan yang diperlukan kepada dua pegawai SCDF itu dan keluarga mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3