Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelawat AS ke S’pura boleh beri dokumen vaksinasi lain bagi VTL: CAAS

VTL
Nov 13, 2021 | 10:58 PM



Pelawat dari Amerika Syarikat ke Singapura yang ingin memanfaatkan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) tetapi menghadapi kesukaran memberi sijil vaksinasi yang boleh disahkan secara digital kini boleh menyerahkan dokumen lain untuk membuktikan status vaksinasi mereka.



Mereka boleh memberikan rekod vaksinasi fizikal dan surat yang ditandatangani oleh penyedia vaksin, kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Sabtu (13 November). 



Menurut CAAS, surat itu harus mengandungi butiran peribadi pelawat serta butiran tentang vaksinasinya. 



Mereka juga boleh menyediakan rekod vaksinasi digital yang diperolehi melalui pangkalan data kesihatan awam negeri atau pihak berkuasa kesihatan tempatan mereka, kata Cik Margaret Tan, pengarah peraturan operasi lapangan terbang dan keselamatan penerbangan di CAAS kepada The Straits Times. 



Warga Singapura dan penduduk tetap tidak perlu memohon Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin sebelum pulang, kata Cik Tan.



Mereka boleh menunjukkan rekod fizikal atau digital vaksinasi sebelum berlepas di kaunter check-in syarikat penerbangan dan kepada pihak imigresen semasa tiba di Singapura.



Pemegang pas jangka pendek dan panjang yang tidak dapat memuat naik dokumen vaksinasi mereka semasa memohon Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin boleh melakukan permohonan kepada Pejabat Perjalanan Selamat Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dengan melampirkan dokumen fizikal atau digital. 



Ini sebagai respons bagi kesukaran yang dilaporkan oleh rakyat Singapura di Amerika dalam menggunakan VTL untuk ke sini kerana beberapa rekod vaksinasi Amerika tidak diiktiraf sebagai bukti rasmi oleh pihak berkuasa Singapura.



Cik Tan berkata CAAS pada masa ini boleh mengesahkan sijil vaksinasi digital yang dikeluarkan di 15 daripada 16 negara VTL, kecuali Amerika yang tidak mempunyai sistem nasional atau bukti vaksinasi seragam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >