Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pelawat tidak dibenar lawat satu wad Hospital Alexandra

May 21, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG tidak dibenar melawat satu wad di Hospital Alexandra setelah seorang kakitangan hospital itu diuji positif Covid-19.



Wanita tersebut merupakan antara empat kes yang tidak mempunyai kaitan yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Dalam satu catatan di Facebook semalam, hospital itu berkata warga Singapura berusia 24 tahun ini menyediakan penjagaan asas di wad yang terjejas.



Hospital itu menambah bahawa kakitangan tersebut mematuhi garis panduan kelengkapan perlindungan diri (PPE).



Oleh kerana langkah jejak kontak dan ujian swab sedang dijalankan, pengunjung tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan kemudian.



Hospital itu telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di semua kawasan di mana kakitangan yang dijangkiti itu berada.



Kakitangan itu kini berada di bilik pengasingan di hospital dan dalam keadaan baik.



"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan... Kami juga sedang mengemas kini dan menyokong pesakit dan anggota keluarga mereka," tambah hospital itu lagi.



Sementara itu seorang murid darjah enam Sekolah Anglo-Chinese (Junior) telah diuji positif Covid-19.



Rakan sekelas murid tersebut akan di kuarantin kerana mereka merupakan kontak rapat murid tersebut.



Murid lelaki itu, kontak rapat bagi kes yang disahkan di luar sekolah, kali terakhir ke sekolah pada 17 Mei.



Sehingga 2 petang semalam, beberapa ibu bapa yang anak mereka merupakan rakan sekelas murid itu telah dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH) dan diberitahu bahawa anak mereka akan dikuarantin.



Mereka diberitahu untuk mengemaskan beg dan tunggu arahan lanjut.



Ibu bapa dan anak-anak dijangka dibawa ke sebuah hotel.



Seorang ibu yang tidak ingin dikenali berkata terdapat sekitar 31 pelajar dalam kelas itu, lapor The Straits Times.



Beliau telah menerima panggilan daripada guru anaknya pada Rabu malam untuk memaklumkannya mengenai cuti ketidakhadiran (LOA) kerana kelas rakan anaknya di uji positif Covid-19.



Surat itu menyatakan bahawa anaknya harus kekal di rumah sepanjang LOA.



Ia juga menyatakan bahawa MOH akan memberi maklumat terkini secepat mungkin.



Ibu itu berkata anak lelakinya telah ke sekolah pada Selasa kerana mempunyai peperiksaan pertengahan tahun pada Isnin dan Selasa.



Sekolah itu berkata ia akan memaklumkan perkembangan terkini kepada ibu bapa.



Surat yang memaklumkan kes yang diuji positif dihantar kepada semua ibu bapa pada petang Khamis.



Difahamkan Sekolah Anglo-Chinese (Junior) telah menjalani kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh di premis tersebut dan para pelajar serta guru yang merupakan kontak rapat bersama kes yang disahkan itu dikenakan LOA atau perintah kuarantin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >