Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAIK, BURUK... ALAT MOBILITI PERIBADI: CONTOH PENGGUNA PMD 2

Pelbagai cabaran walau baru dua bulan guna PMD

Aug 27, 2019 | 05:30 AM



BARU dua bulan menggalas tugas sebagai penghantar makanan Foodpanda secara sepenuh masa, Cik Erni Suriyati Dewi Ahmad Sukri telah melihat sendiri pelbagai cabaran yang pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) di Singapura harus lalui.



"Saya rasa macam seakan wujud satu kebencian terhadap pengguna PMD oleh orang awam. Apabila saya lalu pejalan kaki, walaupun kelajuan saya sangat perlahan, mereka akan cuba elak atau tidak mendekati saya," ujar bekas penolong pentadbiran yang kini berusia 31 tahun itu.



April tahun ini, Cik Erni bercadang untuk memiliki sebuah PMD bagi membantu keadaan kesihatannya.



Ini selepas menjalani pembedahan pada lutut kanannya, beliau mendapati kesukaran berjalan jarak jauh dan terpaksa bergantung kepada peranti itu untuk ke tempat kerja - 15 minit dari stesen MRT Woodlands dengan berjalan kaki.



Justeru, peranti tersebut memegang pelbagai fungsi sebagai mod pengangkutan serta periuk nasi Cik Erni.



"Saya tukar angin sebab dapati pekerjaan ini fleksibel. Saya boleh jadi bos sendiri, tak ada orang boleh kacau," katanya yang bekerja hampir setiap hari, mengambil syif 2 hingga 10 jam sehari.



"Tapi, pada awalnya bukan mudah sebab saya tak berapa tahu jalan raya. Adakalanya, apabila hujan, saya juga tidak boleh kerja."



Cik Erni menghantar pesanan makanan di sekitar kawasan Bendemeer, Novena, Little India dan Pusat Kawasan Bandar (CBD).



Kawasan ini seringkali sesak dengan ramai warga kerja apatah lagi semasa waktu makan tengah hari.



"Saya harus berhati-hati sebab ada pejalan kaki jalan sesuka hati mereka. Ada yang bermain telefon, sehingga saya bunyikan loceng mereka tak dengar.



"Di kawasan seperti Little India, tiada laluan jalan kaki atau ada tong sampah yang menghalang laluan, saya terpaksa lalu di jalan raya.



"Ia bukan hanya mengancam keselamatan saya tapi jika ada green man LTA, saya akan didenda sebab menunggang di jalan raya," katanya.



Antara kebimbangan lain Cik Erni adalah peraturan baru Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenai pensijilan UL2272.



Peranti beliau yang berusia empat bulan dan memakan pembelanjaan hampir $1,000 itu harus digantikan menjelang 1 Julai 2020, disebabkan ia tidak bersijil UL2272.



Ini meskipun beliau telah mendaftar perantinya dengan LTA sebelum 1 Julai tahun ini.



"Saya baru sahaja selesai mendapatkan wang kembali daripada membeli PMD ini dan sekarang saya nak kena beli baru. Apa saya nak buat dengan banyak-banyak e-skuter?", katanya yang telah berumah tangga namun belum mempunyai cahaya mata.



Cik Erni menggesa agar pemerintah mengeluarkan undang-undang yang memisahkan pengguna PMD yang bekerja dan mereka yang menggunakan PMD secara santai.



"Pemandu Grab ada lesen khas untuk mengambil penumpang, saya rasa penghantar makanan sepatutnya juga ada layanan yang sama," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >