Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: Ulang tahun ke-100 Perdana Menteri Pengasas S'pura

Pelbagai idea dikongsi masyarakat: See Leng

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



PELBAGAI idea telah dikongsi masyarakat untuk menyambut ulang tahun ke-100 Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen semalam.



Ini termasuk persidangan mengenai warisan beliau, penerbitan yang berkongsi nilai-nilai dan pengalaman hidupnya dan kegiatan untuk mendekati generasi muda rakyat Singapura.



Banyak kumpulan masyarakat, seperti pemimpin perniagaan, akar umbi, ahli akademik dan media, merasakan adalah penting untuk mengingati sumbangan Encik Lee kepada Singapura dan cita-cita yang diwakilinya, kata Dr Tan.



Mendiang Encik Lee, yang dilahirkan pada 16 September 1923, meninggal dunia pada 23 Mac 2015.



"Mereka terutamanya mahu meningkatkan kesedaran tentang sumbangan Encik Lee dalam kalangan belia Singapura, ramai yang masih muda atau belum lahir ketika Encik Lee berundur daripada Kabinet," kata beliau.



Dr Tan berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir), yang bertanya sama ada pemerintah merancang untuk meraikan ulang tahun itu dan sumbangan Encik Lee kepada negara serta nilai-nilai yang beliau perjuangkan.



Pemimpin perniagaan telah mengemukakan cadangan untuk membentuk sebuah dana bagi sumbangan derma privet yang akan disalurkan untuk menyokong tujuan pendidikan, kata Dr Tan, sambil menambah bahawa pendidikan adalah antara perkara yang dekat dengan hati Encik Lee dan mereka merasakan bahawa dana itu akan menjadi satu penghormatan yang sesuai kepada beliau.



Pemerintah akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyelaraskan usaha itu, kata Dr Tan.



"Kami mengalu-alukan inisiatif masyarakat ini dan semangat di mana ia telah diilhamkan," kata beliau.



Agensi pemerintah juga telah merancang inisiatif untuk memperingati ulang tahun tersebut.



Contohnya, Lembaga Warisan Negara (NHB) sedang mengadakan pameran bergerak untuk Taman Tugu Pengasas akan datang, sebagai sebahagian daripada usaha mempamerkan artifak dan cerita dari tahun-tahun pembinaan negara.



Lewat tahun ini, akan ada pameran yang lebih meluas di Muzium Negara tentang peristiwa sejarah penting yang dilalui Encik Lee, para pemimpin pengasas dan rakyat.



Lembaga Taman Negara (NParks) pula akan meraikan tahun ke-60 perjalanan penghijauan Singapura dengan mengadakan pelbagai kegiatan. Encik Lee melancarkan kempen menanam pokok yang pertama pada 1963.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga akan mengeluarkan syiling peringatan tahun ini. Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >