Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai perjanjian dimeterai syarikat S'pura, Shanghai

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT-syarikat setempat telah mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan Shanghai mereka pada Isnin, menerusi beberapa perjanjian yang ditandatangani meliputi pelbagai sektor meluas sedang hubungan dua hala meningkat.



Menurut data rasmi, dagangan antara Singapura dengan Shanghai tumbuh sehingga lapan peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, mencecah $20 bilion sedang permintaan bertambah.



Dalam tempoh yang sama, pelaburan bernilai hampir AS$24 bilion ($32 bilion) disalur kepada sekitar 6,000 projek berkaitan Singapura yang berpangkalan di Shanghai.



Kebanyakan daripada pelaburan ini menumpukan kepada sektor seperti hartanah, perkhidmatan kewangan, pengilangan, gaya hidup dan barangan pengguna.



Di bawah naungan Majlis Kerjasama Menyeluruh Singapura-Shanghai (SSCCC), syarikat-syarikat dari kededua bandar berhimpun pada Isnin dalam mesyuarat fizikal pertama sejak bermulanya pandemik Covid-19 bagi menandatangani perjanjian baru yang akan membuahkan hasil bagi pelaburan selanjutnya.



Sebanyak 15 memorandum perjanjian (MOU) ditandatangani antara Singapura dengan Shanghai di acara tersebut, menurut laporan The Straits Times.



Ia melibatkan perniagaan dalam perkhidmatan kewangan, teknologi, inovasi, serta yang menumpukan kepada ekonomi digital.



Antara yang ditandatangani oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), yang menambah kerjasama dalam perkara berkaitan digital, termasuk perhubungan, utiliti dan inovasi, dengan Suruhanjaya Ekonomi dan Pengkomputeran bagi Perbandaran Shanghai.



Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura dan Universiti Maritim Shanghai meluaskan perjanjian bagi menyokong bakat, pertukaran profesional dan akademik antara Singapura dan China dalam sektor maritim.



Satu lagi MOU melibatkan pertukaran program bagi para peguam dari kededua bandar, telah ditandatangani Kementerian Undang-undang (Minlaw) dan Persatuan Undang-undang bersama rakan-rakan Shanghai mereka.



Satu lagi perjanjian melibatkan Bank OCBC Singapura bersama penyedia khidmat kewangan China, UnionPay International.



Ketua divisyen perkhidmatan kewangan pengguna sejagat OCBC, Encik Sunny Quek, berkata langkah tersebut menyediakan klien runcit bank tersebut dengan kemudahan menggunakan bayaran mudah alih di negara tersebut dalam satu langkah awal yang akan membuka kepada peluang-peluang lain sedang ia membangunkan hubungannya dengan UnionPay.



Kebanyakan peserta di acara tersebut bersetuju bahawa tarikan utama pasaran Shanghai adalah saiznya, yang menurut ketua pegawai operasi pembuat perabot setempat, Commune, Encik Gan Shee Wen, adalah sekitar empat kali ganda berbanding Singapura.



Shanghai adalah bandar dengan paling ramai penduduk dan pusat ekonomi negara itu.



Ia mempunyai kuasa membeli paling kuat dalam kalangan bandar di China, dengan pendapatan meningkat hampir dua peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya kepada sekitar 84,000 yuan ($16,250).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >