Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelekat dengan logo MHA tingkat kesedaran tentang penganiayaan pegawai keselamatan

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



PELEKAT yang direka khas untuk meningkatkan kesedaran awam agar menghormati dan melindungi pegawai keselamatan, kini disuntik kesegaran dengan penambahan logo Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).



Perubahan itu demi menekankan pendirian tegas industri keselamatan terhadap penganiayaan pegawai keselamatan.



Dibentangkan MHA, Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE), Persatuan Keselamatan Singapura (SAS) dan Persatuan Agensi Keselamatan Bertauliah (ACSA) di AMK Hub semalam, pelekat tersebut akan menggantikan pelekat lama yang kini dipaparkan di lebih 15,000 bangunan di Singapura.



Langkah ini menyusuli tinjauan bersama oleh USE dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) lewat tahun lalu yang menunjukkan 40 peratus daripada 1,002 pegawai keselamatan menghadapi penganiayaan sewaktu menjalankan tugas mereka.



Seperti dilaporkan Mac lalu, ini merupakan kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding tinjauan sebelum itu awal tahun lalu.



Sebagai permulaan, lebih 6,000 pelekat baru akan diagihkan ke agensi keselamatan yang merupakan anggota USE, SAS dan ACSA.



Ia juga boleh didapati dalam talian di https://tinyurl.com/SOdecal untuk dimuat turun pihak berkepentingan dalam industri keselamatan.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, yang hadir semalam untuk membentangkan reka bentuk pelekat baru itu berkata sikap menganiaya pegawai keselamatan tidak boleh ditoleransi.



Pelekat itu, katanya, akan memperkukuh kesedaran awam tentang keperluan menyumbang kepada sekitaran lebih selamat supaya semua pegawai keselamatan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.



"Untuk melengkapi usaha diterajui industri, MHA juga akan membuat pindaan kepada Akta Industri Keselamatan Privet lewat tahun ini untuk menghantar isyarat jelas menentang penganiayaan dan gangguan terhadap pegawai keselamatan," tambah beliau.



Dalam kenyataan bersama USE, SAS, dan ACSA yang dikeluarkan semalam, mereka berkata pegawai keselamatan akan dapat melaporkan rungutan berkaitan kerja serta penganiayaan kepada Perkhidmatan Pengantaraan USE menerusi sebuah aplikasi telefon bimbit yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.



Sejak tiga tahun lalu, perkhidmatan tersebut telah membantu hampir 800 pegawai keselamatan dalam menyelesaikan masalah berkaitan pekerjaan, kes penganiayaan, serta rungutan berkaitan kerja.



Menurut kenyataan itu, pekerjaan pegawai keselamatan memerlukan mereka untuk memeriksa secara fizikal dan menentukan kemasukan orang, dan di mana perlu, menyekat pergerakan mereka dalam premis tersebut.



Ini membuatkan pegawai keselamatan lebih mudah terdedah kepada penganiayaan jika terdapat ketidaksetujuan atau ketidakpatuhan.



Setiausaha Agung USE, Encik Raymond Chin, berkata:



"Kami berdiri teguh bersama pegawai kami dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan yang terbaik untuk melindungi kebajikan dan maruah mereka."



USE, SAS dan ACSA akan terus bekerjasama dengan rakan tiga pihak dan pihak berkepentingan relevan untuk menyokong usaha perubahan industri, termasuk menekankan amalan pemerolehan baik, bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk memperbaiki hasil keselamatan, dan meningkatkan produktiviti pegawai di tapak kerja, tambah kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >