Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelepasan cukai 2 minggu bagi SME, penyewa tidak raih keuntungan

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



PEMILIK tanah komersial akan perlu memberikan pelepasan sewa selama dua minggu kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) dan persatuan tidak meraih keuntungan (NPO) yang layak kerana terjejas oleh langkah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Penyewa di hartanah komersial milik privet akan menerima secara keseluruhan sokongan sewa sebanyak satu setengah bulan, termasuk sokongan bantuan sebulan dalam bentuk tunai yang diberikan pemerintah awal bulan ini.



Rangka Kerja Pelepasan Sewa telah diperkenalkan dalam saranan yang diusulkan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) di Parlimen semalam.



Ia bertujuan untuk menolong SME dan NPO khusus yang terjejas oleh langkah pengurusan keselamatan diperketatkan, yang diperkenalkan dari 16 Mei hingga 13 Jun dan 22 Julai hingga 18 Ogos tahun ini.



Menurut kenyataan Kementerian Undang-undang (MinLaw) semalam, untuk layak menerima pelepasan sewa dari pemilik tanah, penyewa perlu memenuhi beberapa kriteria.



Ini termasuk mengalami kemerosotan pendapatan bulanan purata sekurang-kurangnya 20 peratus semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan), berbanding dengan tempoh Fasa Tiga dari 7 Disember hingga 7 Mei.



Sekiranya penyewa itu sebahagian daripada sekumpulan entiti tempatan, pendapatan tahunan kumpulan itu tidak boleh melebihi $100 juta pada tahun kewangan 2019.



Tuntutan ini tidak dikenakan ke atas firma yang bukan sebahagian daripada sebarang kumpulan syarikat.



MinLaw berkata rangka kerja itu saling melengkapi langkah sokongan lain termasuk Skim Sokongan Sewa - yang diperkenalkan untuk mengurangkan kesan ekonomi daripada fasa kewaspadaan dipertingkat terhadap pekerja dan perniagaan.



Pembayaran pertama di bawah Skim Sokongan Sewa diberikan mulai 6 Ogos manakala bayaran kedua akan diagihkan mulai bulan depan.



Sementara pemilik tanah digalak supaya menghulurkan sokongan sewa semasa dua tempoh kewaspadaan dipertingkat, ini tidak selalunya berlaku.



Justeru, rangka kerja itu akan memastikan perkongsian yang adil bagi sewa semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat, di antara pemerintah, pemilik tanah dan penyewa yang layak, tambah MinLaw.



Penyewa yang menerima bayaran kedua di bawah Skim Sokongan Sewa akan menerima notis pelepasan sewa daripada MinLaw bulan depan.



Namun penyewa yang menerima notis ini tidak bermakna mereka layak menerima pelepasan itu secara automatik.



Mereka akan perlu menyiapkan dokumen sokongan yang perlu dan menghantarnya kepada pemilik tanah dalam masa 28 hari daripada tarikh notis.



Pelepasan sewa itu akan hanya diberikan selepas penyewa yang layak memberikan dokumen berkenaan kepada pemilik tanah.



Ia akan diberikan pertama bagi sewa yang perlu dibayar, termasuk faedah atau bayaran berkaitan bagi tempoh 5 Ogos hingga 18 Ogos.



Jika sewa bagi tempoh itu sudah dibayar, sewa bagi bulan seterusnya akan dikurangkan sebanyak dua minggu.



Pemilik tanah yang menyediakan sokongan sewa kepada penyewa semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat boleh memotong daripada pelepasan sewa, sebarang bantuan kewangan secara langsung atau pelepasan sewa dari 16 Mei sehingga tarikh mereka menerima semua dokumen menyokong penyewa.



Menurut MinLaw ia akur tidak semua pemilik tanah mampu memberi pelepasan sewa, khususnya jika mereka bergantung kepada sewa sebagai sumber pendapatan utama dan boleh memohon dikecuali daripada memberi pelepasan sewa, jika mereka memenuhi kriteria tertentu.



Ini termasuk hartanah pelaburan pemilik tanah yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada $60,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >