Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG HARGA KARBON

Pelepasan gas rumah hijau di S'pura memuncak antara 2025 dan 2028

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH pelepasan gas rumah hijau di Singapura akan memuncak antara 2025 dan 2028 pada tahap sekitar 65 juta tan, sebelum menurun kepada sekitar 60 juta tan pada 2030, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu semalam.



Pemerintah mengumumkan pada Oktober lalu bahawa pelepasan gas rumah hijau republik ini akan mencapai kira-kira 60 juta tan pada 2030 selepas memuncak lebih awal, tetapi tidak jelas sebelum ini bila pelepasan itu akan memuncak.



Di Parlimen semalam, Cik Fu berkata adalah terlalu awal untuk mengumumkan tahun yang tepat di mana pelepasan akan memuncak, kerana usaha mengawal pelepasan memerlukan transformasi yang besar merentas industri, ekonomi dan masyarakat.



Namun, ramalan terbaik pemerintah adalah pelepasan akan memuncak antara 2025 dan 2028.



"Tidak seperti negara yang mempunyai akses kepada banyak sumber di dalam negara untuk mengurangkan pelepasan, Singapura perlu bergantung pada langkah luar seperti import elektrik serta tangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS)," katanya.



Rundingan dengan rakan kerja luar negara mengenai beberapa pengaturan masih diteruskan, tambahnya.



Sasaran 2030 yang lebih kukuh itu menggantikan matlamat sebelum ini untuk memuncak pelepasan pada 65 juta tan menjelang 2030.



Ini bermakna pelepasan Singapura akan meningkat kepada kira-kira 65 juta tan antara 2025 dan 2028, sebelum mula merosot menjelang akhir dekad ini untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050.



Cik Fu berkata demikian untuk menjawab soalan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Profesor Koh Lian Pin mengenai bila Singapura dijangka memuncak pelepasan, dan adakah tahap kemuncaknya dijangka mencapai 65 juta tan.



Sasaran 2030 membentuk bahagian penting dalam kemas kini kedua yang dihantar Singapura baru-baru ini bagi Sumbangan Yang Ditentukan Negara (NDC) di bawah perjanjian iklim Paris Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



NDC dihantar oleh negara untuk membentangkan cara mereka mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mencapai matlamat bersih-sifar.



Kata Cik Fu lagi, langkah menetapkan pengurangan lima juta tan dalam sasaran pelepasan 2030 adalah satu langkah besar kerana ia lebih daripada jumlah pelepasan daripada isi rumah hari ini.



"Walaupun terdapat ketidaktentuan ini, kami tetap komited untuk mencapai apa yang kami tetapkan dalam kemas kini kedua kepada NDC 2030 kami," katanya.



Profesor Koh juga telah bertanya mengenai maklum balas yang diterima daripada orang ramai menerusi perundingan awam pada September lalu mengenai cita-cita iklim Singapura yang dipertingkat.



Cik Fu berkata perundingan awam itu merupakan sebahagian daripada siri pendekatan yang dilaksanakan pemerintah sejak April, sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030. Melalui pendekatan tersebut, lebih 1,700 maklum balas dan maklum balas pihak berkepentingan telah diterima, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >