Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: PEJABAT PERDANA MENTERI

Pelepasan karbon dioksida sifar bersih: Sektor awam ingin capai 2045

SM Teo: Lebih awal dari sasaran nasional 2050; warga muda dibantu akses kerja hijau
Feb 25, 2023 | 05:30 AM



SEKTOR awam akan menunjukkan contoh dalam usaha ke arah masa depan lebih hijau dengan menetapkan matlamat mencapai pelepasan karbon dioksida sifar bersih sekitar 2045, mendahului sasaran nasional Singapura, iaitu 2050.



Tahun ini, Singapura akan mempertingkat strategy perolehan awam dan mula membuat laporan perkembangan tetap mengenai insiaitif kemampanan sektor awam, kata Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Jumaat.



Memberi respons kepada soalan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang) tentang bagaimana pemerintah memastikan peluang dan pekerjaan baik bagi warga Singapura di tengah-tengah peralihan hijau ini, Encik Teo memberi jaminan bahawa pemerintah akan menyokong warga Singapura dalam menimba kemahiran hijau, dan memperbaiki akses mereka kepada peluang pekerjaan hijau.



Beliau juga berkata anak muda negara ini akan dipupuk agar menjadi pengelola eko, atau 'eco-stewards', dan hidup secara mampan, dengan tumpuan terhadap kemampanan makanan pada 2023.



Dalam mencapai sasaran iklim negara, Encik Teo berkata:



"Pemerintah menerusi jawatankuasa antara kementerian mengenai perubahan iklim mencapai keseimbangan antara cita-cita dan pratikal atau tidak sesuatu tindakan dan ia akan memerlukan usaha seluruh negara.



"Pelan Hijau menetapkan bagaimana pemerintah, perniagaan dan masyarakat boleh bekerjasama ke arah masa depan lebih hijau."



Setiap perniagaan, termasuk syarikat kecil dan sederhana (SME), kata Encik Teo, perlu mampan dari segi kewangan dan sekitaran untuk berkembang pada dalam janga panjang, dengan mengurangkan jejak karbon dalam rantaian nilai dan mempercepatkan peralihan hijau mereka.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan berkongsi butir lanjut mengenai usaha pemerintah membantu SME mempertingkat kedudukan mereka dalam bidang seperti laporan kemampanan dan perakaunan karbon, tambahnya.



Encik Teo berkongsi bahawa Singapura juga akan terus menjalin kerjasama antarabangsa berkaitan tindakan iklim, dengan meneruskan sokongan bagi pelaksanaan Perjanjian Paris pada sidang puncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 (COP28).



Tahun lalu, Singapura meningkatkan usahanya menentang perubahan iklim dengan membuat semakan rasmi kepada sasaran yang ditetapkannya.



Encik Teo berkata ia bermatlamat mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke kira-kira 60 juta tan pada 2030 setelah mencapai kemuncak pelepasan sebelum itu.



Ini perubahan daripada sasaran sebelumnya iaitu untuk mencapai kemuncak pelepasan 65 juta tan pada 2030.



Singapura juga memberi komitmen untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.



Encik Teo berkata Singapura perlu melakukan yang terbaik dan memainkan peranannya supaya negara ini dapat membentuk norma antarabangsa yang dapat membawa negara lebih dekat kepada malamat kolektif.



"Akhirnya, merealisasikan cita-cita iklim kita menjadi tindakan meletak Singapura dalam kedudukan sebagai lokasi pilihan bagi perniagaan dan pelabur yang berminat untuk menyertai ekonomi hijau serantau.



"Ini meletak kita dalam kedudukan baik untuk merebut peluang ekonomi baru dalam peralihan iklim," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >