Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelihara kucing di HDB mungkin dibenar?

Mar 02, 2023 | 08:35 PM



PEMERINTAH sedang mengkaji kemungkinan membenarkan kucing peliharaan di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How di Parlimen.


Beliau juga berkata rangka kerja pengurusan kucing sedang diusahakan dengan pemerintah giat berunding dengan orang ramai mengenai cadangan mereka.


Rangka kerja tersebut bertujuan menggalakkan pemilikan dan penjagaan kucing yang bertanggungjawab, dan pada masa yang sama mengambil kira penjagaan kesihatan awam.


Salah satu komponen yang dipertimbangkan ialah skim pelesenan dan mikrocip bagi kucing peliharaan.


Menyentuh isu membenarkan kucing peliharaan di dalam flat HDB, Encik Tan berkata:


“Sejak September lalu, kami telah berunding secara meluas mengenai rangka kerja ini. 

“Kami berbesar hati kerana menerima maklum balas yang kukuh terhadap tinjauan awam kami, yang mendapat lebih daripada 30,000 respons. 


“Kami sedang menjalankan analisis terperinci terhadap keputusan yang diterima dan akan berkongsi penemuan kami apabila sudah bersedia.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >