Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelihara kucing mungkin dibenarkan di flat HDB asal tidak ganggu, susahkan jiran

May 06, 2023 | 10:04 PM



MEMELIHARA kucing mungkin dibenarkan di flat Lembaga Perumahan dan pembangunan, tetapi ia tidak seharusnya menyusahkan jiran atau menjejaskan kesihatan awam, dengan mengambil kira kemungkinan penyakit rabies boleh merebak melalui haiwan tersebut.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara) Encik Tan Kiat How berkata demikian pada Sabtu (6 Mei) pada acara Hari Haiwan Peliharaan di Parkland Green sekitar East Coast Park, di mana beliau mendedahkan penemuan tinjauan  Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) yang dilakukan antara September dengan November 2022 .



Tinjauan itu menunjukkan hampir 90 peratus daripada lebih 30,000 responden berasakan kucing sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan, walaupun ada yang tidak bersetuju kerana percaya bahawa haiwan itu bertanggungjawab mengotorkan estet mereka.



AVS bercadang mengadakan perbincangan kumpulan fokus mulai Jun.



Ia akan berlangsung beberapa bulan dan melibatkan pemilik kucing, bukan pemilik kucing, penjaga kucing, HDB dan kumpulan kebajikan haiwan.



Perbincangan akan merangkumi topik seperti potensi impak rancangan yang dicadangkan terhadap kucing peliharaan dan pemiliknya, serta kucing masyarakat dan penjaga mereka.



Pengharaman kucing di flat HDB telah berkuat kuasa sejak 1960, sebagai sebahagian daripada larangan menyeluruh terhadap semua haiwan, ternakan dan ayam itik.



Larangan memelihara kucing berterusan hari ini walaupun peraturan mengenai pemilikan anjing dan haiwan kecil dilonggarkan.



Terdapat kebimbangan bahawa kucing, apabila dibiarkan berkeliaran sewenang-wenangnya, cenderung untuk menggugurkan bulunya dan membuang air besar atau membuang air kecil di kawasan awam. 



Bunyi mengiau kucing juga membingitkan sesetengah orang.



Walaupun larangan itu masih dilaksanakan, ia tidak dikuatkuasakan secara aktif kerana HDB hanya bertindak terhadap pemilik rumah dengan kucing yang merayau, mengacau dan mengganggu orang awam.



AVS berkata pada September 2022 bahawa ia akan bekerjasama dengan HDB untuk meneroka kemungkinan membenarkan kucing dipelihara sebagai haiwan peliharaan, dengan mengambil kira maklum balas yang diterima.



Encik Tan berkata AVS sedang mencari cara untuk menambah baik pengurusan kucing peliharaan dan komuniti.



Ia mengambil berat tentang kucing peliharaan yang ditinggalkan oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab, dan penyalahgunaan kucing komuniti.



Antara 2019 dengan 2021, ia mengambil tindakan penguatkuasaan dalam purata 60 kes kekejaman dan penderaan haiwan setiap tahun, dengan tindakan berupa amaran dan dakwaan untuk kes yang lebih serius.



Encik Tan menambah bahawa memastikan keselamatan awam juga penting, terutamanya mencegah penularan rabies dan penyakit lain yang boleh berjangkit melalui kucing kepada manusia dan haiwan lain.



Katanya: "Jika haiwan peliharaan disahkan menghidap penyakit berjangkit, kita perlu dapat mengesan kontak rapat haiwan kesayangan itu dengan pantas untuk mengelakkan penularan penyakit itu.



"Keupayaan mengesan amat penting apabila haiwan peliharaan telah dijangkiti penyakit yang boleh berjangkit kepada manusia seperti rabies.”



Beliau berkata Singapura bebas rabies sejak 1953 tetapi ia tidak boleh mengambil mudah kerana negara di rantau ini masih mempunyai kes rabies.



Encik Tan berkata:



"Kita perlu menangani perkara ini kerana interaksi rapat antara manusia dan kucing dalam masyarakat kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >