Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang asah kemahiran anak-anak di pesta pembelajaran Mendaki

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



PELUANG mempelajari kemahiran baru seperti membuat bunga rampai dan juga dokoh menggunakan bahan kitar semula bukan sahaja mengasah kemahiran motor kanak-kanak, tetapi juga peluang mengenali lebih dekat dengan kebudayaan dan adat resam Melayu.



Itulah tarikan bagi pasangan Encik Muhammad Asyraf Abdul Rahim, 34 tahun, dan Cik Aliah Ahmad, 32 tahun, yang menghadiri Pesta Pembelajaran anjuran Mendaki semalam di Kampung Admiralty.



"Acara sebegini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak kami kerana mereka dapat melibatkan diri dalam kegiatan kraf yang unik di luar pembelajaran kelas," kata ibu tiga anak itu. Anak-anaknya berusia antara dua hingga tujuh tahun.



Menurutnya, pasangan suami isteri itu suka membawa anak-anak mereka kepada acara kanak-kanak, terutama menjelang cuti sekolah ini.



Selain kraf tradisional, kanak-kanak juga didedahkan kepada kegiatan susunan terarium, kegiatan kegemaran keluarga itu, tambah Cik Aliah.



"Kegiatan ini menarik kerana di rumah, saya tidak mempunyai pucuk tanaman jadi ini juga dapat mendedahkan mereka kepada pengetahuan tanam-tanaman," ujar suri rumah itu.



Encik Asyraf menambah bahawa acara itu juga dapat memberikan bimbingan kepada ibu bapa akan kegiatan yang boleh dilaksanakan bersama kanak-kanak di rumah.



"Aktiviti yang disediakan hari ini adalah mudah dan pendek dan ini menunjukkan bahawa kegiatan sedemikian juga boleh dilaksanakan di rumah," ujar Encik Asyraf, pekerja perkhidmatan awam itu.



Setiap peserta diberikan kad yang terdiri daripada mereka yang berada di 8 buah stesen. Setelah selesai, mereka akan mendapat beg cenderahati yang akan dihantar ke rumah mereka.



Keluarga itu adalah antara 3,000 pengunjung ke acara itu dan dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan, (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki.



Laporan lanjut: Penting ibu bapa teroka pembelajaran di luar bilik darjah: Zaqy




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >