Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang kerja pekerja berusia jadi keprihatinan

Aug 24, 2019 | 05:30 AM



SOALAN tentang peluang pekerjaan yang mencukupi untuk pekerja lanjut usia apabila usia persaraan dan pengambilan bekerja semula dinaikkan, adalah antara topik yang kerap diutarakan dalam sesi dialog pasca Rapat Hari Kebangsaan semalam.



Namun Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, memberi jaminan pemerintah akan bekerjasama dengan majikan bagi memastikan adanya peluang yang adil untuk pekerja golongan itu.



Sesi dialog yang dipengerusikan mereka itu anjuran rangkaian M Kuasa Tiga (M³) - Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Ia disertai lebih 120 pemimpin akar umbi dari bahagian distrik tengah negara.



Melahirkan keprihatinannya, Cik Asna Kirana Atnawi, Naib Pengerusi MAEC Kelab Masyarakat Tanjong Pagar, berkata:



"Yang menjadi tanda tanya ramai adalah adakah peluang pekerjaan untuk mereka? Sebab banyak syarikat masih mencari pekerja yang bertenaga berbanding warga senja.



"Bila kita lihat peluang pekerjaan yang diiklankan, jawatannya amat terbatas seperti pembersihan dan tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka.



"Dan bila mereka memohon pekerjaan, ada majikan ragu-ragu jika kita benar-benar mampu buat tugasan itu ekoran lanjut usia," ujarnya.



Usia persaraan akan dinaikkan kepada 63 tahun pada 2022, dan kepada 65 menjelang 2030 manakala usia pengambilan bekerja semula akan dinaikkan kepada 68 pada 2022 daripada 67 sekarang, dan kemudian kepada 70 tahun pada 2030.



Dr Faishal menjelaskan keprihatinan mengenai peluang pekerjaan dapat difahami kerana semakin ramai menua dan risau bagaimana menyara hidup.



"Perubahan ini amat tepat pada masanya, apabila pemerintah memberi sokongan lebih padu dengan menaikkan usia persaraan dan pengambilan bekerja semula.



"Ia bukan mudah, kerana ia bermakna kos syarikat akan meningkat manakala kos lain harus difikirkan," ujarnya.



Namun beliau berkata pemerintah akan bekerja rapat bagi memastikan peluang pekerjaan yang sama rata terus ditawarkan kepada pekerja lanjut usia.



Cik Rahayu pula berkata, maklum balas seperti luahan Cik Asna banyak diterima - dengan ada yang sangsi berhubung pelaksanaan dasar terkini dan tidak yakin majikan akan melaksanakannya.



"Jadi langkah pertama ialah untuk melaksanakan dasar baru ini kerana ini membolehkan adanya perundangan bagi memastikan kita menggalak majikan mengambil pekerja tua.



"Pada masa yang sama, kita memerlukan anjakan paradigma untuk berubah, faham dan menerima pekerja lanjut usia. Mungkin majikan boleh lakukan perubahan skop pekerjaan untuk golongan itu dan memastikan pengalaman mereka dimanfaatkan.



"Kebimbangan ini nyata, justeru perincian dalam pelaksanaannya harus diberikan perhatian nanti," katanya.



Isu bagaimana menggalak masyarakat Melayu agar lebih peka kepada perubahan iklim dengan mengitar semula turut diketengahkan.



Ada juga menyarankan agar insentif diberikan seperti pengurangan yuran penyelenggaraan bagi mereka yang giat.



Dalam hal ini, Cik Rahayu berkata langkah kecil boleh diambil bagi mendorong masyarakat.



"Kita tidak boleh menjangka mak cik-mak cik kita untuk terus tidak menggunakan plastik beg atau bekas plastik tetapi kita boleh menggalakkan mereka, misalnya kurangkan satu plastik apabila ke pasar raya," tambahnya.



Mengenai pengumuman pemerintah menambah bantuan untuk pelajar di pengajian tinggi pula, Dr Faishal berkata ini akan memberi penjimatan kepada keluarga bagi menabung untuk masa depan.



"Ini akan memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga bergaji rendah memaksimumkan potensi mereka dengan bantuan tambahan manakala penjimatan diraih akan memberi ruang kepada keluarga mengukuhkan kewangan demi masa depan mereka," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >