Peluang 'lihat' dinosaur di depan mata
Persembahan teater 'Walking With Dinosaurs - The Live Experience' dijadualkan dari 29 Ogos hingga 8 September
Aug 25, 2019 | 05:30 AM
APABILA seekor bayi dinosaur Tyrannosaurus Rex (T-Rex) muncul di Muzium Sejarah Negara Lee Kong Chian pada Selasa lalu, reaksi yang diterima bercampur.
Ada yang menjerit dan menangis dalam ketakutan, ada pula yang terpikat dengan kemegahan dinosaur itu.