Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemadanan kerja, program mentor untuk belia baru tamat sekolah, NS

Apr 28, 2023 | 11:51 AM



ANGGOTA Kerahan Perkhidmatan Negara (Nsmen) yang baru tamat NS sepenuh masa mereka dan lulusan baru dari Institut Pengajian Tinggi (IHL) tidak lama lagi akan dapat mengambil bahagian dalam sebuah usaha perintis yang memadankan mereka dengan pekerjaan dan menyediakan mereka pementoran di tempat kerja.


Dinamakan ‘Career Starter Lab’, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dengan kerjasama Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), akan melancarkan usaha rintis itu menjelang akhir 2023.


Program itu, yang diibaratkan seperti percubaan bagi pekerjaan, akan menyokong golongan muda sedang mereka membuat peralihan ke dunia pekerjaan.


Mereka akan menjalani program latihan di tempat kerja selama tiga bulan dengan seorang mentor yang mendamping mereka di tempat kerja.


Mengumumkan inisiatif tersebut di persidangan media yang diadakan pada Khamis, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng berkata:


“Apa yang kami mahu lakukan adalah untuk membantu belia yang bakal melangkah masuk ke tenaga kerja dengan program pementoran, dengan mentor dalam syarikat, dengan struktur penyeliaan supaya mereka kurang bimbang sedang mereka beralih dari sekolah atau setelah NS ke tempat kerja.


“Dalam ekosistem yang sama, kami harap dapat menambahkan kemahiran lebih-lebih lagi bagi lelaki yang tamat NS mereka setelah ketinggalan dua tahun sedang mereka masuk ke industri yang mereka ingin sertai dan jika mereka perlukan pemadanan pekerjaan kami boleh lakukan itu juga.”


Usaha ini juga diadakan sebagai respons kepada maklum balas lebih 10,000 belia sewaktu pendekatan Pasukan Bertindak Belia NTUC dalam beberapa bulan lalu.


Belia dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti berautonomi itu telah menyenaraikan program bekerja sambil belajar yang bermutu serta pementoran kerjaya sebagai dua sumber yang mereka paling perlukan dalam peralihan  dari sekolah ke kerjaya yang diingini.


Di bawah usaha rintis ini, syarikat akan perlu mempunyai tempat kosong bagi peranan tetap atau kontrak sepenuh masa selama setahun untuk mengambil bahagian.

NTUC berharap akan mendapat lebih 100 syarikat untuk turut serta.


Antara syarikat yang sudah menjadi sebahagian usaha tersebut buat masa ini ialah Singapore Airlines, Uniqlo, Rolls-Royce, Singtel dan Resorts World.


Golongan belia yang menyertai program itu akan mencuba pekerjaan yang dipadankan dengan mereka selama tiga bulan, di mana mereka akan dibayar antara $1,800 dengan $4,200, bergantung kepada kelulusan mereka.


Pihak majikan akan menilai prestasi mereka, manakala golongan belia akan dapat mempertimbangkan kesesuaian mereka dengan pekerjaan tersebut sebelum ditawarkan pekerjaan sepenuh masa.


Encik Ng berkata mereka berharap dapat merekrut 300 mentor.


Golongan mentor akan diberi latihan, manakala pihak majikan akan menerima sokongan percubaan kerjaya sebanyak $7.50 sejam selama sehingga 480 jam.


Golongan belia yang kekal dalam pekerjaan mereka selama sekurang-kurangnya tiga bulan setelah diambil bekerja oleh syarikat sebaik sahaja tamat percubaan itu juga akan menerima insentif.


Encik Ng berkata ‘Career Starter Lab’ ini akan membantu belia merebut peluang baik supaya mereka dapat beransur ke kerjaya mereka dengan keyakinan.


“NTUC dan SNEF akan mengumpulkan lebih banyak majikan progresif ke dalam ekosistem kami untuk menyediakan percubaan kerjaya yang dipertingkat buat mereka. Kami mahu memberi jaminan kepada belia kami bahawa kami akan berada di sisi mereka sedang mereka memasuki tenaga kerja,” kata Encik Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >