Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pemandu cuai beri teman $10,000 cari pihak ketiga untuk dipersalah

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu kereta sewa privet yang ditemui memandu dalam keadaan cuai telah memberikan $10,000 kepada temannya agar mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan atas perbuatannya melanggar undang-undang.



Temannya itu menggunakan butiran isteri, yang tidak mengesyaki apa-apa, ketika dia sukar mencari mangsa untuk dipersalahkan.



Pada akhirnya, si pemandu yang dikenali sebagai Candy Mcdonald atau Lim Siew Peng, mengaku bersalah kepada polis.



Semalam, wanita 51 tahun itu dihukum penjara empat hari dan denda $2,500 selepas dia mengaku bersalah atas satu kesalahan memandu secara cuai dan menghalang proses keadilan.



Dia juga diharamkan daripada memegang atau memperolehi semua kelas lesen memandu bagi tempoh 15 bulan.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada Disember 2019, Koh Chew Seng, teman Mcdonald itu, menasihatinya agar menyewa kereta daripada Koheng Auto, yang diuruskannya. Isterinya adalah pemilik tunggal syarikat itu.



Koh kemudian menerima surat saman daripada Polis Trafik pada Jun 2020 yang menyatakan kereta daripada firmanya itu terlibat dalam satu kes memandu secara cuai.



Pemandu kereta itu perlu membayar denda $200 dan diberi enam mata demerit.



Koh menghubungi Mcdonald yang mengaku dia adalah pemandunya.



Diketahui kemudian bahawa ketika memandu penumpang pada 16 Mei 2020, Mcdonald telah memandu menentang arus trafik untuk memintas kenderaan lain. Pemandu lain pula perlu segera menekan brek bagi mengelakkan kemalangan.



Mcdonald meminta Koh membantunya kerana dia keberatan menerima mata demerit dan tidak mahu lesen memandunya dibatalkan sehingga menjejas pekerjaannya, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP), R. Arvindren.



"Pada hari-hari selanjutnya, Koh mula mencari pemandu lain yang sanggup mengaku salah di atas kesalahan itu tetapi tidak dapat mencari sesiapa pun. Dia kemudian ingin mengalihkan tanggungjawab melakukan kesalahan itu kepada isterinya memandangkan si isteri dan Mcdonald kededuanya adalah pemandu wanita," jelas DPP Arvindren.



Pada Julai 2020, Mcdonald memindahkan $10,000 ke akaun Koheng Auto sehingga menimbulkan kecurigaan isterinya.



Ikat jamin $15,000 diberikan kepada Mcdonald dan dia dijangka menyerahkan dirinya ke Mahkamah Negara pada 18 November untuk menjalani hukuman penjara. Koh, 46 tahun, telah dipenjara seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >