DARI MAHKAMAH
Pemandu dipenjara kerana tumbuk drebar teksi
May 11, 2016 | 05:30 AM
SEORANG pemandu yang menumbuk seorang pemandu teksi beberapa kali di kepala dipenjara empat minggu semalam.
James Lek Yong Sheng, 26 tahun, mengaku mencederakan pemandu ComfortDelGro, Encik Albert Sim Ee Meng, 49 tahun, di dalam teksinya di Woodlands Street 11 pada kira-kira 2.15 pagi 16 Oktober tahun lalu.