Pemandu kereta sewa privet godam aplikasi Grab, Gojek dengan tujuan menipu
Jul 24, 2019 | 05:30 AM
BEBERAPA pemandu kereta sewa privet di sini didapati menggunakan aplikasi syarikat Grab dan Gojek yang diubahsuai dengan niat menipu sistem tersebut.
Versi tidak rasmi aplikasi itu membolehkan pemandu memintas pengesahan, menipu kedudukan mereka, membatalkan tempahan tanpa dikenakan tindakan, dan dalam beberapa kes melihat maklumat peribadi pelanggan, lapor The New Paper.