Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu Maserati heret pegawai polis gagal rayuan minta hukuman diringan

Jan 18, 2023 | 06:44 PM



PEMANDU sebuah kereta mewah Maserati, yang mengheret seorang pegawai polis trafik sejauh 100 meter pada 2017 dan telah berulang kali memandu kenderaan ketika dilarang berbuat demikian, telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi pada Rabu (18 Jan) agar hukuman penjaranya lebih enam tahun dikurangkan.


Lee Cheng Yan, 38 tahun, berulang kali menyatakan dia menyesal atas perbuatannya dan meminta maaf kerana tidak menyedari terhadap kesan perbuatannya, lapor The Straits Times (ST).


Dia meminta agar hukumannya itu dapat diringankan agar dia dapat “bertemu lagi dengan kedua-dua anak perempuannya lebih awal.”


Lee turut meminta agar keretanya tidak dibatalkan kerana ingin menggunakan dapatan daripada penjualannya untuk menyara kehidupan anak-anaknya yang berada di Jepun.


Namun Hakim, Encik Aedit Abdullah, menolak rayuan itu dan membidas Lee kerana tidak meraih pengajaran daripada kesalahannya.


“Anda seolah tidak faham betapa serius kesan perbuatan yang anda telah lakukan. 


“Anda sepatutnya berterima kasih hukuman anda tidak lebih berat.


“Anda sepatutnya mengambil masa dalam penjara untuk bermuhasabah diri, dan bukan merayu untuk meringankan hukuman,” kata Encik Aedit.


Satu lagi perbicaraan berasingan mengenai pembatal kenderaan tersebut telah dijadualkan pada 25 Januari di Mahkamah Negara.


Di bawah Akta Trafik Jalan Raya, dalam kes melibatkan pesalah berulang yang memandu kenderaan semasa dilarang berbuat demikian, mahkamah perlu mengeluarkan arahan agar kenderaan itu dibatalkan apabila pihak pendakwa memohon agar tindakan itu dilaksana.


Lee menghadapi 79 tuduhan, dihukum dalam dua perbicaraan berasingan.

Pada Julai 2020, Lee dijel empat tahun dan tujuh bulan selain dienda $3,700 atas 10 tuduhan, termasuk menyebabkan kecederaan serius terhadap seorang pegawai Polis Trafik.


Dia juga dilarang daripada memandu kenderaan seumur hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >