Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal Foodpanda langgar lampu merah, dilanggar kereta

Sep 03, 2019 | 07:34 PM



SEORANG penunggang motosikal Foodpanda dibawa ke hospital Jumaat lalu (30 Ogos) setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Bencoolen Street.  Penunggang itu dilihat melanggar lampu merah dan seterusnya dilanggar sebuah kereta.



Menurut rakaman video yang ditular di Facebook melalui akaun SG Road Vigilante, kemalangan itu berlaku di persimpangan Bencoolen Street dan Bras Basah Road pada hari Jumaat, 12.30 tengah hari, kata polis pada hari Selasa.



Pemandu motosikal berusia 33 tahun itu, yang dilihat membawa beg penghantaran Foodpanda, masih sedarkan diri apabila beliau dibawa ke Hospital Besar Singapura.



Video itu juga menunjukkan bahawa beliau tidak berhenti walaupun lampu lalu lintas sedang merah. Beberapa saat kemudian sebuah kereta hitam kelihatan melanggar motosikal itu  dari sebelah kanan ketika berada di tengah-tengah persimpangan.



The Straits Times telah menghubungi Foodpanda untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >