Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu, pengguna PMD ditangkap setelah gaduh di Tanjong Pagar

Dec 02, 2019 | 01:27 PM



SEORANG pemandu dan seorang pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) telah ditangkap setelah bertelingkah di jalan raya.



Pertengkaran mereka dirakam dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebook SG Road Vigilante serta laman Stomp pada Khamis lalu (28 Nov).



Video tersebut yang diambil menerusi kamera dalam kenderaan, telah dirakam di Enggor Street di Tanjong Pagar, lapor The Straits Times.



Dalam video itu, sebuah kereta dilihat memotong jalan pengguna PMD itu di lorong paling kanan sebelum bunyi dentuman kedengaran.



Kereta itu kemudian berhenti dan pemandunya serta pengguna PMD tersebut mula bertekak.

PMD tidak boleh digunakan di jalan raya sejak 15 Januari 2018. Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $2,000, dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.



Dalam satu lagi video berkenaan kejadian tersebut, pemandu kereta itu dilihat menolak pintu keretanya sehingga terkena pengguna PMD itu.



Pengguna PMD tersebut kemudian membuka pintu kereta dan memasukkan tangannya ke tempat pemandu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ahad lalu, polis berkata mereka diberitahu tentang kejadian tersebut Khamis lalu dan sudah pun menangkap pemandu berusia 43 tahun dan pengguna PMD berusia 36 tahun kerana melakukan tindakan terburu-buru.



"Pemandu dan pengguna PMD itu bertekak dan berkelakuan ganas terhadap satu sama lain sebelum masing-masing melanjutkan perjalanan," kata polis.



Sesiapa yang didapati bersalah melakukan tindakan terburu-buru boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga $2,500 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >