Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Pemandu teksi, kereta sewa privet berkurang, LTA pendekkan proses mohon lesen vokasional

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



PEMANDU yang ingin mendapatkan lesen vokasional bagi khidmat teksi dan kereta sewa privet (PHC) boleh menjangka proses permohonan lebih pantas.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang bekerjasama dengan pengendali untuk meringkaskan permohonan Lesen Vokasional bagi semua pemandu titik ke titik (P2P), yang merangkumi teksi dan PHC kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Dr Amy Khor.



Ia sebahagian daripada usaha pemerintah membantu pengendali sektor itu mengharungi cabaran dan memastikan ketersedian perkhidmatan.



Perangkaan menunjukkan terdapat peningkatan dalam permohonan Lesen Vokasional P2P dengan 950 permohonan baru setiap bulan pada 2022, naik daripada kira-kira 650 sebulan pada 2021.



"Sedang pengendali menangani cabaran baru yang dihadapi oleh sektor ini, kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri dan pemandu untuk menangani isu - menjaga mata pencarian pemandu, menangani ketersediaan P2P, dan memandang ke depan demi menangani perubahan pada sektor itu.



Memberikan perkembangan sektor itu, Dr Khor berkata walaupun permintaan untuk perkhidmatan P2P telah meningkat, bilangan pemandu P2P berkurangan - kerana ada pemandu telah meninggalkan sektor tu semasa pandemik.



Jumlah pemandu P2P aktif bulanan berkurangan daripada sekitar 69,000 sebelum Covid-19 kepada 55,000 pada suku keempat 2022.



Kemerosotan itu lebih tinggi bagi pemandu teksi kerana 9,000 pemandu aktif meninggalkan sektor tersebut berbanding sebelum Covid-19. Ramai daripada mereka pemandu dua syif yang memandu syif malam atau hujung minggu.



"Oleh itu dengan jumlah pemandu P2P berkurangan, penumpang mengalami lonjakan tambang dan masa menunggu lebih lama, terutama pada waktu lewat petang atau malam," kata Dr Khor.



Beliau berkata demikian semasa memberikan respons kepada soalan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) dan Encik Mark Chay (Anggota Parlimen Dilantik) semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Dr Khor menambah bahawa bekalan pemandu P2P yang ketat mencerminkan kekurangan tenaga kerja dalam kebanyakan sektor selepas Covid-19, dan industri memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan permintaan bagi perkhidmatan P2P.



Dr Khor berkata pengendali P2P berkata mereka sedang berusaha menarik lebih ramai pemandu. Pengendali juga melancarkan ciri seperti 'navigasi hotspot' yang bertujuan mendorong pemandu ke kawasan yang mempunyai permintaan tempahan tinggi demi memadankan permintaan dengan bekalan.



"Ada yang telah memperkenal semula perkhidmatan perkongsian perjalanan, di mana penumpang yang mahu ke destinasi sama boleh berkongsi pemandu. Ini membolehkan jumlah pemandu sedia ada yang terhad untuk berkhidmat kepada lebih ramai penumpang," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >