Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi langgar penunggang basikal dipenjara seminggu

Oct 19, 2019 | 04:07 PM



PEMANDU teksi yang melanggar seorang penunggang basikal, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius, termasuk keretakan di bahagian kepala dan darah dalam otak, dijatuhi hukuman penjara seminggu pada Khamis lalu (17 Oktober).



Lim Hoon Chiang, 56 tahun, mengaku bersalah mencederakan secara parah akibat memandu secara cuai.



Dia juga akan digantung daripada memandu selama dua tahun, setelah bebas dari penjara kelak, lapor The New Paper (TNP).



Pada 10 Mac, Lim sedang memandu teksinya di Braddell Road menuju ke arah Lornie Road sekitar 6 pagi.



Penunggang basikal, Dr Lynette Ngo, 46 tahun, dan suaminya Encik Hing Siong Chen, juga 46 tahun, sedang menaiki basikal mereka secara berderet di jalan raya yang sama, di lorong paling kiri.



Sebelum pasangan itu beralih ke lorong di kanan mereka, Dr Hing mengangkat tangannya untuk memberi isyarat, dan setelah memeriksa tiada kenderaan menuju ke arah mereka, mereka bergerak ke lorong kedua dari kiri.



Namun, sekitar empat saat kemudian, Lim, yang gagal melihat pasangan yang sedang berbasikal di depannya di lorong yang sama, melanggar basikal Dr Ngo.



Kesalahan trafik Lim yang lalu seawal 2007, termasuk memandu dengan cuai, memandu dengan laju dan tidak mematuhi isyarat lampu merah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >