Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu yang didakwa penyebab kematian pegawai polis minum wain putih tapi lulus ujian pernafasan

Oct 18, 2022 | 08:49 PM



SEORANG lelaki yang dituduh menyebabkan kematian seorang pegawai polis wanita ketika memandu dalam keadaan cuai telah minum dua gelas arak sebelum kemalangan itu tetapi lulus ujian alat pernafasan.



Warga Amerika, Andrew Charles Vaskon, kini 54 tahun, yang memandu dalam kadar kelajuan yang dibenarkan pada waktu itu, dikatakan gagal memerhatikan sekelilingnya ketika memandu kereta Aston Martin sekitar 9.20 malam pada 10 Februari 2019.



Keretanya melanggar Staf Sarjan Salinah Mohamed, 40 tahun, yang dalam perjalanan pulang ke rumah.



Ibu tiga anak itu yang bertugas di Pusat Polis Kejiranan Marina Bay digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) tetapi meninggal dunia kerana kecederaan kepala empat hari selepas itu.



Pada hari pertama perbicaraan Vasko pada Selasa (18 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penduduk tetap Singapura itu telah minum dua gelas wain putih di Sentosa. Minuman terakhir diteguknya pada sekitar 7.45 malam itu.



Satu usaha mencari keterangan mengenai pekerjaan Vasko di Penguasa Kawal Selia Perakaunan dan Korporat menunjukkan beliau kini adalah pengarah di sebuah syarikat, Iscann Group.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Stacey Fernandez berkata Vasko sedang memandu di Maxwell Road apabila dia tiba di simpang jalan berisyarat di Shenton Way.



Dia berhenti di lampu merah dan mengambil keputusan membelok ke kanan apabila lampu trafik bertukar hijau.



Tiada anak panah hijau di simpang itu.



Vasko sedang belok apabila bahagian kiri keretanya melanggar Staf Sarjan Salinah yang sedang menyeberangi jalan dengan lampu trafik berkelipan hijau.



Staf Sarjan Salinah tercampak dan mengalami kecederaan kepala yang serius.



Dia yang tidak sedarkan diri ketika digegaskan ke SGH disahkan mengalami beberapa keretakan pada tengkoraknya.



Dia disahkan mati otak pada 14 Februari 2019 dan alat sokongan nyawanya dihentikan.



Laporan awal menyatakan beliau dan suaminya, pemandu peribadi Indra Shaiful yang ketika itu 41 tahun adalah kekasih sejak sekolah menengah.



Mereka sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14 pada Februari 2019 dengan Staf Sarjan Salinah merancang satu kunjungan ke luar negara bersama Encik Indra.



"Beliaulah jantung hati saya dan beliau sentiasa ada di sisi saya. Separuh nyawa saya pergi," kata Encik Indra ketika itu.



Vasko diwakili dua peguam, Encik Remy Choo dan Cik Carol Yuen.



Pada Selasa, Encik Choo memohon untuk anak guamnya ke luar negara mulai Rabu hingga 15 Januari 2023.



Tidak dinyatakan destinasinya.



Mahkamah membenarkan permohonan itu. Vasko kini diikat jamin dengan $10,000.



Kes ini akan disambung bagi satu sidang pra-perbicaraan pada 16 November.



Bagi kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan cuai, seorang pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >