Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pembahas bunuh diri atas dakwaan salah laku seksual: Bapa saman persatuan bahas

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



BAPA kepada pembahas berusia 31 tahun yang membunuh diri setelah dakwaan salah laku seksual terhadapnya didedahkan secara awam, telah menyaman Persatuan Bahas (Singapura), mendakwa bahawa tindakan mereka yang "salah" menyebabkan kematian anak lelakinya.



Encik Lucas Li, seorang anggota terkemuka masyarakat bahas, terjun pada 8 Ogos 2018, sehari setelah persatuan itu mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa beliau "dilarang secara tetap" daripada acara mereka atas dasar tingkah lakunya yang tidak sesuai.



Bapanya, Encik Lawrence Li, 67 tahun, kini mahu menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan atas tekanan mental yang dialami Encik Lucas, serta kematian dan kehilangan tempat bergantung bagi dirinya dan isterinya.



Pasangan itu mendapat sokongan kewangan daripada anak lelaki mereka, penerima biasiswa pemerintah yang bekerja di Enterprise Singapore pada waktu itu.



Perbicaraan selama tujuh hari dibuka di Mahkamah Tinggi semalam untuk mendengar dakwaannya bahawa persatuan tersebut telah bertindak cuai dan tindakan persatuan itu merupakan pelanggaran kontrak.



Persatuan itu berkata ia tidak patut dipertanggungjawabkan atas pembunuhan diri itu, dan tindakan mereka wajar, mengambil kira teruknya dakwaan itu, lapor akhbar The Straits Times.



Dalam tindakan guamannya, Encik Lawrence mengutarakan bahawa anak lelakinya terjerumus ke dalam kemurungan setelah jawatankuasa eksekutif persatuan itu memuat naik kenyataan di laman web dan Facebook mereka pada 7 Ogos 2018.



Kenyataan itu berkata audit bebas telah dijalankan bagi program latihan untuk pembahas muda, Inisiatif Pembangunan Bahas (DDI), kerana dakwaan telah dibuat "oleh ahli masyarakat bahas tentang tingkah laku tidak sesuai oleh seorang bekas Pengarah DDI".



Kenyataan itu tidak menamakan Encik Lucas, yang merupakan pengasas program itu dan berkhidmat sebagai pengarah dari 2012 hingga 2014.



Menurut laporan audit, Encik Lucas mengendalikan kumpulan perbualan WhatsApp bernama DDI Darkness, di mana peserta program itu terlibat dalam perbincangan yang bersifat seksual.



Laporan itu juga menyatakan bahawa seorang anggota kumpulan perbualan itu mengadu bahawa Encik Lucas telah berkongsi gambar eksplisit dirinya dalam perbualan peribadi bersamanya dan terdapat "pertemuan seksual fizikal" antara Encik Lucas dengan beliau pada 2014.



Semalam, Encik Lawrence berkata anaknya berniat mahu menjadikan kumpulan perbualan itu ruang selamat untuk pelatih berbincang mengenai isu peribadi, tetapi "perbincangan itu tidak terkawal dan Lucas tidak dapat membendungnya".



Beliau juga berkata:



"Tidak kira sama ada (dakwaan itu) palsu atau benar, perkara yang jelas di sini adalah beliau tidak diberi peluang untuk bercakap."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >