PARTI pembangkang merebut penuh peluang rapat pilihan raya semalam untuk mengkritik dasar pemerintah dan mengetengahkan saranan alternatif masing-masing.
Dalam rapat di Stadium Woodlands semalam, calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Cik Wong Souk Yee, menekankan hujah pemerintah mengenai kesan negatif gaji minimum jauh tersasar.