Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembayar cukai punya masa sehingga 18 April untuk fail penyata cukai dalam talian

Apr 15, 2023 | 02:56 PM



HANYA tinggal beberapa hari lagi untuk menyerahkan penyata dalam talian bagi cukai pendapatan individu, memandangkan tarikh tutup cukai tahun ini semakin hampir.


Pembayar cukai mempunyai masa sehingga Selasa (18 April) untuk memfailkan dan menyerahkan penyata mereka dalam talian bagi tahun taksiran 2023 – termasuk pendapatan yang diperolehi dari 1 Januari hingga 31 Disember, 2022.


Mereka yang gagal berbuat demikian berisiko didenda sehingga $5,000.


Pada 2022, satu daripada 20 orang tidak memfailkan penyata cukai menjelang tarikh tutup, lapor The Straits Times pada awal 2023. Musim cukai tahun ini bermula pada Mac.


Pembayar cukai hendaklah menyemak sama ada mereka memenuhi syarat bagi pelepasan cukai dengan memasuki go.gov.sg/taxreliefs atau menggunakan Pemeriksa Pelepasan Peribadi di laman web Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (Iras), sebelum memasukkan tuntutan mereka dalam borang cukai mereka di Portal myTax.


Mereka yang mahu membuat tuntutan buat kali pertama harus ingat bahawa pelepasan tidak diisi terlebih dahulu dalam penyata.


Mereka yang telah memfailkan pelepasan cukai pada tahun-tahun sebelumnya juga harus menyemak sama ada mereka masih layak bagi pelepasan sama.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >