Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembekal ayam Johor gegas hantar ayam segar ke S'pura

Larangan eksport ayam bakal berkuat kuasa 1 Jun

LUQMANUL HAKIM ISMAIL,Dari Johor Bahru

May 28, 2022 | 05:30 AM



PARA pembekal dan petani ayam di Malaysia kini bergegas menghantar seberapa banyak ayam segar ke Singapura sebelum larangan eksport bagi ayam bermula 1 Jun ini.



Ini setelah Malaysia mengumumkan Isnin lalu ia akan mengharamkan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan.



Menurut laporan, ini antara pendekatan segera jangka pendek dalam usaha mengatasi isu kekurangan bekalan serta harga bahan makanan di Malaysia.



Pihak berkuasa telah mengaitkan kekurangan ayam terhadap para pembekal syarikat besar yang didakwa telah meningkatkan harga ayam secara sengaja bagi mengaup keuntungan.



Tetapi menurut para pembekal dan petani yang ditemui Berita Harian (BH) di Johor semalam, ada salah faham terhadap situasi kekurangan ayam dan harganya.



Antara yang ditemui ialah pasangan pembekal dan petani yang bersetuju untuk ditemu ramah jika identiti mereka tidak didedahkan.



Mereka menyatakan sebanyak 30,000 ekor ayam dieksport ke Singapura setiap hari.



Pasangan tersebut menjelaskan antara sebab isu ayam ini tercetus ekoran kekurangan pekerja, peningkatan harga dedak - makanan buat ayam - penyakit dan cuaca buruk.



"Warga Malaysia tidak akan beli ayam dari pembekal dan petani yang meningkatkan harga ayam terlalu banyak.



"Pelanggan tetap akan cari ayam yang harganya lebih berpatutan," kata pembekal tersebut.



Beliau menambah, para pembekal besar dan berpengaruh dalam industri ayam terpaksa merendahkan semula harga ayam jika mereka mahu untung.



Ayam segar di Malaysia sepatutnya dijual pada harga tidak lebih RM8.90 ($2.78), namun para pembekal menjelaskan ramai dalam industri tersebut menjualnya pada harga sekitar RM11.90 ($3.72) seekor.



Ini disebabkan oleh peningkatan harga minyak dan makanan buat ayam akibat perang di Ukraine.



Semalam, pembekal dan petani tersebut membenarkan BH melawat salah satu ladang ayam mereka di Johor.



Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), Singapura hanya boleh membawa masuk ayam segar dari 115 reban ayam di Malaysia.



Daripada jumlah tersebut, 91 reban ayam terletak di Johor.



Seperti kebanyakan reban ayam yang lain di Malaysia, reban yang dikunjungi akhbar ini berada agak jauh dalam hutan, jauh dari bandar dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan.



Jalan ke ladang berliku dan sempit.



Ladang yang dilawati BH mempunyai sekitar 25 reban, dan setiap reban mampu menyimpan 16,000 ekor ayam.



Setiap reban sekitar sebesar tiga gelanggang tenis.



Dalam reban yang wartawan dibenarkan masuk, terdapat sekitar 8,000 ekor ayam yang akan dihantar ke Singapura.



Pembekal berkata pekerja ladang ayam tidak dapat memenuhi reban-reban mereka akibat beberapa sebab.



"Terdapat kekurangan pekerja akibat pandemik Covid-19, dan kami tidak dapat mendapatkan lebih banyak surat keizinan untuk mendapatkan pekerja baru.



"Harga dedak juga telah meningkat kerana perang di Ukraine belum berakhir," katanya.



Beliau menambah bahawa cuaca buruk dan virus 'Newcastle Disease' yang ganas telah menjejas bilangan ayam tetapi akhirnya masih berjaya dijual.



Walaupun ayam biasanya sedia untuk dijual ke Singapura pada usia sekitar 40 hari, ladang-ladang kini mengeksport ayam-ayam tersebut apabila mereka hanya berumur sekitar 33 hari.



Para pekerja ladang yang ditemui berkata, mereka terpaksa akur kerana perlu memenuhi peningkatan tempahan ayam segar dari Singapura.



Salah seorang pekerja ladang berkata: "Kita biasanya hantar dua lori penuh ayam ke Singapura setiap hari.



"Selepas kerajaan mengumumkan larangan eksport ayam, kita hantar enam lori penuh ayam ke Singapura."



Satu lori mengandungi sekitar tiga ribu ayam.



Para pembekal ayam juga menjangkakan lebih banyak lori yang membawa ayam akan cuba masuk ke Singapura.



Mereka berkata, tempoh pemeriksaan ayam di imigresen Singapura juga telah dilanjutkan, dari empat pagi hingga tengah hari setiap hari, kepada empat pagi hingga enam petang.



Pada 31 Mei sahaja masa pemeriksaan akan dilanjutkan kepada 11.59 malam.



Petani yang ditemui juga kecewa dan mendakwa adanya "menimbun ayam" untuk meningkatkan keuntungan.



Beliau juga bimbang yang mereka akan hilang pelanggan Singapura jika halangan eksport ayam berterusan.



"Jika rakyat Singapura mencari alternatif, mereka mungkin tidak membeli ayam kami lagi, walaupun selepas larangan itu ditarik balik," katanya.



"Jika pihak berkuasa Singapura menawarkan kami ruang untuk menternak ayam di sana, saya pasti akan menjadi orang pertama yang memindahkan operasi kami," katanya secara bergurau.




PETANI JOHOR BIMBANG JIKA RAKYAT S'PURA DAPAT PILIHAN LAIN



"Jika rakyat Singapura mencari alternatif, mereka mungkin tidak membeli ayam kami lagi walaupun selepas larangan itu ditarik balik."
- Seorang petani di Johor yang enggan namanya disiarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >