Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pembelajaran menyeluruh termasuk lakukan projek, kerja kebajikan

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



BELIAU lebih terdedah kepada subjek-subjek bukan agama melalui program diploma International Baccalaureate (IBDP) di madrasah dan Cik Siti Anissa Abdul Rashid berkata pengalaman itu telah membantu beliau memperluaskan mindanya.



Pengalaman mengikuti program yang disediakan Madrasah Aljunied Al-Islamiah sejak 2019 itu juga membuat Cik Siti Anissa lebih sedar peri penting menimbangkan pandangan orang lain semasa membuat sebarang keputusan.



Cik Siti Anissa antara 25 pelajar dari kohort pertama di madrasah tersebut yang mengikuti program IBDP dan selanjutnya melengkapkan program itu pada tahun lalu.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Siti Anissa berkata program itu walaupun mencabar, beliau mendapat sokongan padu dari keluarganya untuk mengikuti program ini dan yakin ia menawarkan banyak manfaat kepada pelajar madrasah.



Antara lain, program itu membantu mempertajam keupayaannya berfikir, kata Cik Siti Anissa.



"Program IBDP banyak kerja rumah yang diberikan. Kami harus menulis banyak karangan yang menggunakan minda yang kritikal. Sebagai contoh, antara subjek tambahan yang kami ceburi ialah Teori Ilmu yang begitu padat dengan pengetahuan.



"Sedikit-sebanyak, ia membantu saya berfikir dan memahami dengan lebih mendalam akan topik-topik yang dibincangkan dalam kelas," kata Cik Siti Anissa, anak kelima dalam keluarga lapan adik-beradik itu.



Selain itu IBDP juga memberi pelajar seperti Cik Siti Anissa peluang untuk mendalami subjek sekular, pengalaman yang berbeza apabila dibandingkan dengan pelajar madrasah lain setelah menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', yang hanya menceburi subjek agama.



Menurut Cik Siti Anissa, beliau menggemari subjek Persekitaran Sains yang sangat relevan dengan isu semasa.



Di luar bilik darjah pula, program tersebut memberi beliau peluang menyerantau dan melakukan kerja kebajikan di luar negeri, kata Cik Siti Anissa.



Antara lain, Cik Siti Anissa dan pelajar IBDP telah pergi ke Batam dan Jakarta di Indonesia untuk memberi sumbangan dalam usaha mendidik kanak-kanak di sana. Program itu adalah antara komponen wajib di bawah IBDP.



Justeru, Cik Siti Anissa berkata beliau senang hati melihat seorang adiknya, yang kini berusia 17 tahun, turut mengikuti jejaknya dan menyertai program IBDP di Madrasah Aljunied.



Buat masa ini, Cik Siti Anissa sedang menuntut dalam tahun pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), di mana beliau memburu ijazah sarjana muda dalam jurusan Undang-undang Islam dan Usul Teori Hukum Undang-Undang Islam (Usul al-Fiqh).



Menurut Cik Siti Anissa, beliau ingin membina kerjaya sebagai pendidik selepas melengkapkan pengajiannya.



Beliau telah mula berjinak-jinak dalam laluan kerjaya ini.



Selain pernah bekerja di peringkat prasekolah, Cik Siti Anissa juga sedang memberi tuisyen bagi murid yang sedang membuat persiapan bagi Ujian Kemasukan Madrasah (MET).



Paling penting, kata Cik Siti Anissa, beliau ingin menyumbang semula kepada masyarakat yang telah menyokongnya sepanjang pengajiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >