EKONOMI
Pembeli rumah lama boleh guna lebih CPF jika pajakan penuhi kriteria
Kalau baki pajakan rumah boleh bertahan sehingga pembeli paling muda berusia sekurang-kurangnya 95 tahun
May 10, 2019 | 05:30 AM
PEMBELI rumah lebih lama kini boleh menggunakan lebih banyak wang daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka jika baki pajakan rumah itu boleh bertahan sehingga pembeli paling muda berusia sekurang-kurangnya 95 tahun.
Ini sedang pemerintah mengambil langkah melonggarkan penggunaan CPF bagi mereka yang membeli flat dengan pajakan cukup untuk bertahan sepanjang hayat mereka.