Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Pembiayaan, cuti pekerja jalani latihan harus dilindungi, disemak

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH harus mempertimbangkan langkah menyediakan cuti menjalani latihan yang dilindungi dan menyemak pembiayaan serta elaun bagi latihan, saran Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Tan.



Ini akan membantu mengurangkan keprihatinan pekerja terhadap kekurangan masa dan kewangan dan kos peluang semasa menghadiri latihan, dan menggalak lebih ramai pekerja mempertingkat kemahiran.



Encik Tan (GRC Pasir Ris-Punggol) semasa perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis turut memberi butiran terkini mengenai Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC), dengan sekitar 1,200 CTC telah ditubuhkan sejauh ini dan 17 projek Geran CTC syarikat telah diluluskan.



CTC menggabungkan kesatuan sekerja dan majikan demi membangunkan pelan transformasi lebih padu di peringkat firma, termasuk memikirkan latihan yang diperlukan bagi pekerja.



Encik Tan, yang juga Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri, berkata menurut tinjauan 2022 Workmonitor Randstad, hanya 22 peratus pekerja yang ditinjau menyatakan mereka telah menerima latihan dan peluang peningkatan kemahiran daripada majikan dalam tempoh 12 bulan lalu. Ini meskipun 91 peratus pekerja telah melahirkan minat dalam peluang pembelajaran dan pembangunan kerjaya.



Bagi Kredit SkillsFuture pula, walaupun jumlah penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, hanya 30 peratus rakyat Singapura yang layak telah menggunakan kredit mereka sejak 2015.



Encik Tan berkata "masa, wang dan tenaga kerja" adalah antara sebab mengapa pekerja tidak menjalani latihan.



"Di sesi Perbincangan Kumpulan Fokus #EveryWorkerMatters Conversations (#EWMC), peserta berkongsi bahawa syarikat yang kurang tenaga kerja mungkin tidak membenarkan pekerja menjalani latihan dan mungkin memanggil pekerja semula meskipun jika mereka dijadualkan menjalani latihan disebabkan keperluan operasi.



"Ramai mendapati yuran kursus latihan agak tinggi meskipun terdapat subsidi Kredit SkillsFuture dan dana lain. Syarikat juga tidak menyediakan waktu yang dilindungi dan pekerja perlu mencari masa di luar waktu kerja untuk mempertingkat kemahiran.



"Ini sering kali perlu diimbangi dengan keutamaan lain seperti penjagaan ahli keluarga," kata beliau.



Antara sebab lain mengapa pekerja tidak menjalani latihan adalah kerana mereka ragu latihan yang dilalui akan memberi kesan positif terhadap pekerjaan atau gaji mereka, dan ada yang mungkin tidak begitu tahu cara "mendiagnosis" jurang kemahiran dan kemahiran yang diperlukan bagi langkah kerjaya seterusnya.



Dalam pada itu, Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol), yang juga pengarah NTUC, pula menyeru agar sokongan bagi wanita yang ingin kembali bekerja, dan aturan kerja fleksibel mesra keluarga disediakan.



"Pertama, galak majikan melaksanakan waktu kerja fleksibel dan beri pekerja lebih autonomi dalam menyesuaikan jadual mereka," kata beliau.



"Kedua, melalui memperkenalkan minggu kerja termampat. Ini memberi pekerja pilihan memperuntukkan semula jumlah jam kerja yang sama kepada lebih sedikit hari, memberikan mereka jadual masa peribadi lebih lama.



"Ketiga, melaksanakan aturan bekerja dari rumah agar pekerja boleh melakukan kerja mereka di lokasi luar pejabat konvensional," kata beliau.



Encik Melvin Yong (SMC Radin Mas), penolong setiausaha agung NTUC, pula bercakap tentang keperluan mendesak untuk menyemak dan memperkukuh kompak mengenai tempat kerja yang selamat.



Ini menyusuli kes kematian di tempat kerja yang berlaku meskipun Tempoh Keselamatan Dipertingkat (HSP) telah diperkenalkan pada September 2022.



"Walaupun saya berbesar hati HSP telah dilanjutkan selama tiga bulan lagi, saya ingin menggesa pemerintah untuk mempertimbangkan secara serius untuk mengekalkan beberapa syarat HSP, seperti penalti yang lebih tinggi bagi pelanggaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja (WSH).



"Ini supaya kami memberi mesej yang kuat bahawa setiap pekerja berhak pulang ke rumah dengan selamat pada penghujung setiap hari bekerja," kata beliau.




"Di sesi Perbincangan Kumpulan Fokus #EveryWorkerMatters Conversations (#EWMC), peserta berkongsi bahawa syarikat yang kurang tenaga kerja mungkin tidak membenarkan pekerja menjalani latihan dan mungkin memanggil pekerja semula meskipun jika mereka dijadualkan menjalani latihan disebabkan keperluan operasi.

Ramai mendapati yuran kursus latihan agak tinggi meskipun terdapat subsidi Kredit SkillsFuture. Syarikat juga tidak menyediakan waktu yang dilindungi dan pekerja perlu meluangkan masa di luar waktu kerja untuk mempertingkat kemahiran."

- Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan, Encik Desmond Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >