Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembikin filem 'Kejar' tak sangka PM tonton

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Ruzhael Marwazi teruja apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengongsi karyanya - 'Kejar' - pada Rapat Hari Kebangsaan semalam, kerana ia antara filem pendek beliau yang dekat dengan hatinya.



Ia detik membanggakan Encik Ruzhael, 20 tahun, yang berasa penat lelah dan pengorbanannya menghasilkan filem mengenai pengalamannya sebagai pekerja penghantaran makanan amat berbaloi.



"Saya tidak pernah membayangkan filem pendek saya ini mendapat perhatian luas, hingga ditonton Encik Lee," kata pelajar tahun kedua Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu.



Filem itu menonjolkan kehidupan seharian seorang pekerja penghantaran makanan, mencari rezeki bagi membantu menyara belanja rawatan ibunya.



Ia antara penyertaan pertandingan filem pendek Anugerah Pembikin Filem ciNE65 (ciNE65 MMA).



Encik Lee menekankan peri perlu menyediakan perlindungan bagi pekerja penghantaran agar masa depan mereka lebih terjamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >