Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembinaan fasa pertama Laluan Rentas Pulau dirasmi

Jan 18, 2023 | 06:51 PM



KERJA binaan bagi Fasa Pertama Laluan Rentas Pulau (CRL) kini rasmi bermula, dengan satu upacara pecah tanah pada Rabu (18 Jan).


CRL merupakan laluan MRT kelapan Singapura dan laluan bawah tanah sepenuhnya yang terpanjang di Singapura, dengan berukuran lebih 50 kilometer secara keseluruhan apabila siap sepenuhnya nanti.


Berucap di upacara pecah tanah itu di tapak stesen MRT Bright Hill bagi CRL, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata ramai warga Singapura akan meraih manfaat daripada perjalanan yang lebih pendek dan cepat dengan hampir separuh stesen CRL merupakan stesen pertukaran.


Sebagai contoh, seorang penduduk Sin Ming hanya memerlukan setengah jam untuk pergi ke Pasir Ris East dari Bright Hill dengan CRL berbanding 80 minit sekarang.

Stesen Bright Hill akan dihubungkan dengan Koridor Keutamaan Transit (TPC) yang baru di Sin Ming Avenue, yang dijangka siap pada 2029.


Laluan TPC sepanjang 2 kilometer itu akan disepadu dengan lorong bas yang khusus, laluan berbasikal yang baru serta laluan pejalan kaki yang lebih luas, dengan penumpang boleh mudah bertukar antara menaiki bas, berjalan atau berbasikal untuk menuju ke destinasi masing-masing.


Selain menghubungkan penumpang dengan stesen MRT baru itu, TPC itu juga akan menghubungkan penduduk di kawasan Sin Ming dengan tempat riadah seperti Taman Bishan-Ang Mo Kio.


“CRL adalah penting dalam usaha kita mencapai sasaran 90 peratus perjalanan waktu sibuk dilakukan dengan berjalan, berbasikal atau menaiki pengangkutan awam dalam kurang 45 minit.


“Lebih 600,000 penumpang dijangka menggunakan CRL apabila ia mula berkhidmat pada 2030. Ini akan bertambah kepada lebih sejuta dalam jangka masa panjang,” ujar Encik Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >