Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembukaan peringkat 3 Laluan Thomson-East Coast

Ujian meluas dijalankan sebelum sistem rel dibuka

Nov 13, 2022 | 12:03 AM



SYARIKAT pengangkutan SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah sama-sama menjalankan ujian meluas bagi sistem rel Laluan Thomson-East Coast (TEL) sebelum pembukaan rasmi peringkat ketiga laluan itu esok, kata pengarah urusan SMRT TEL, Encik Shahrin Abdol Salam.



Selain itu, SMRT telah mengesahkan tatacara dan proses operasinya, termasuk dengan mengadakan latihan pengerahan untuk menguji keupayaan operasi dan pengendalian kejadian kecemasan.



Latihan tersebut dilakukan dengan penyertaan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) buat kali pertama sebelum pembukaan sebuah peringkat TEL.



Berkongsi tentang persiapan bagi peringkat ketiga TEL (TEL3) itu menjelang pembukaan rasminya esok, Encik Shahrin berkata, pendekatan SMRT dalam persiapan bagi TEL3 serupa dengan TEL1 dan TEL2, namun ianya lebih intensif kerana terdapat lebih banyak stesen bagi peringkat ketiga laluan itu.



"Bagi TEL3, kami mempunyai empat stesen dengan platform bertingkat, berbanding platform satu tingkat dengan landasan di kedua-dua belahnya.



"Senario ujian awal kami juga dibangunkan dan ditambah untuk mempertajam respons kami dalam menangani kejadian yang berlaku di platform yang berbeza," kata beliau.



Terdapat 11 stesen di bawah TEL3 - Stevens, Napier, Orchard Boulevard, Orchard, Great World, Havelock, Outram Park, Maxwell, Shenton Way, Marina Bay dan Gardens by the Bay.



Dengan pembukaan rasmi TEL3 esok, ini bermakna TEL akan mempunyai 20 stesen dari Woodlands North hingga Gardens by the Bay.



Encik Shahrin menambah, kakitangan operasi dan penyenggaraan TEL telah melalui latihan vokasional bersama dengan pelajaran teori dan amali.



Kakitangan dibimbing oleh karyawan rel, dan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran paling relevan dan terkini, tambah beliau.



"Kakitangan stesen bersedia memberi perkhidmatan kepada pelbagai penumpang, termasuk keluarga dengan anak kecil, warga emas dengan demensia dan individu dengan keperluan khas selain perkhidmatan bersesuaian untuk pengguna lainnya.



"Mereka juga telah menyediakan stesen dengan membangunkan logistik yang diperlukan untuk memberikan pengalaman perjalanan yang hebat kepada orang ramai apabila stesen baru dibuka untuk perkhidmatan.



"Kakitangan SMRT terlatih secara operasi, bertenaga dan bersedia untuk berkhidmat," kata Encik Shahrin.



TEL akan mewujudkan sekitar 1,500 pekerjaan apabila siap dibina sepenuhnya, dengan lebih 900 pekerjaan tersebut telah diisi SMRT sejak laluan itu kali pertama dibuka pada Januari 2020, tambah beliau.



Apabila dibuka sepenuhnya, TEL akan mempunyai 32 stesen dan berkhidmat untuk sekitar 500,000 penumpang setiap hari dalam tahun-tahun awal sebelum jumlah itu meningkat kepada sekitar sejuta penumpang dalam jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >