SEBUAH trofi dan wang berjumlah $2,000 menanti pemenang bertuah apabila peraduan Esei Cabaran Mufti mencapai kemuncaknya hari ini dengan tiga pemenang utama akan diumumkan selain lima pemenang sagu hati.
Dianjurkan Pejabat Mufti dengan sokongan Berita Harian dan pusat pendidikan Andalus, esei yang dikemukakan mengupas isu berkaitan kesejahteraan siber.