Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan agih 600,000 baucar $30 bantu warga susah atasi kenaikan tambang

Sokongan tambahan $200 juta akan turut diberikan tahun depan
Oct 13, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memberi 600,000 baucar pengangkutan awam kepada isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan rendah untuk membantu mereka menghadapi kenaikan tambang 2.9 peratus mulai 26 Disember ini.



Baucar itu akan diberikan kepada isi rumah dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi $1,600 seorang.



Baucar bernilai $30 setiap satu itu boleh digunakan untuk menokok kad tambang atau membeli pas konsesi atau perjalanan bulanan.



Pemberian baucar itu adalah satu daripada tiga cara pemerintah memberi bantuan kepada warga Singapura bagi kos pengangkutan awam, kata Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya semalam.



Pemerintah juga akan memberi sokongan tambahan sebanyak $200 juta tahun depan bagi mengelakkan kenaikan tambang besar bagi penumpang di tengah-tengah keprihatinan tentang kos kehidupan kini.



Subsidi tambahan itu, yang diberikan di samping subsidi lebih $2 bilion setahun untuk mengendalikan perkhidmatan bas dan kereta api, akan membolehkan kenaikan tambang dewasa untuk dihadkan ke lima sen bagi setiap perjalanan.



Bantuan tambahan turut diberikan kepada kumpulan konsesi, dengan pemerintah mengehadkan kenaikan bagi tambang kad konsesi untuk pekerja berpendapatan lebih rendah dan individu kurang upaya ke 1 sen bagi Latihan Semakan Tambang tahun ini.



Kenaikan tambang bagi dua kumpulan konsesi itu adalah lebih rendah daripada kenaikan tambang bagi orang dewasa.



Harga semua pas konsesi bulanan juga kekal tidak berubah.



Sementara itu, Pengendali Pengangkutan Awam juga dikehendaki menyumbang, berdasarkan keuntungan mereka, sebahagian kenaikan pendapatan ekoran semakan tambang tahun ini ke arah Dana Pengangkutan Awam.



Tahun in, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) telah memutuskan bahawa SBS Transit dan SMRT Trains masing-masing akan menyumbang 5 peratus dan 20 peratus daripada kenaikan pendapatan yang dijangkakan, yang akan berjumlah $3.44 juta, kepada dana itu.



PTC dalam kenyataannya semalam berkata tambang pengangkutan awam akan kekal dimampui selepas kenaikan tambang tahun ini dan selepas mengambil kira peningkatan gaji tahun ini.



Menurut PTC, penunjuk kemampuan pengangkutan awam mendapati secara purata, isi rumah dalam persentil ke-21 hingga ke-40, mewakili pengguna pengangkutan awam biasa, membelanjakan 1.8 peratus pendapatan isi rumah mereka pada pengangkutan awam tahun lalu.



Isi rumah dalam persentil ke-11 hingga ke-20, iaitu isi rumah berpendapatan lebih rendah, pula membelanjakan 2.5 peratus pendapatan isi rumah mereka pada pengangkutan awam secara purata.



"Perbelanjaan pengangkutan awam bulanan bagi isi rumah ini berkemungkinan akan dikekalkan pada paras serupa, selepas mengambil kira kenaikan tambang 2.9 peratus tahun ini dan juga kenaikan gaji tahun ini," kata PTC




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >