Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan ambil tindakan lebih tegas banteras penggunaan e-rokok

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa akan mengambil tindakan lebih tegas untuk membanteras penggunaan rokok elektronik dan vape, di samping menangani isu peningkatan bilangan orang yang menggunakan vape, terutamanya dalam kalangan belia.



Dalam laporan sebelum ini, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata bilangan mereka yang ditangkap akibat vaping atau e-rokok terus meningkat tahun lalu berdasarkan angka terkini.



Ini dilaporkan dalam artikel Berita Harian (BH) pada 25 Januari 2023.



Jurucakap HSA berkongsi bahawa pihak berkuasa menjalankan pengawasan ke atas premis runcit, platform media sosial dan aplikasi mesej yang disyaki menjaja e-rokok.



Ia juga bekerjasama dengan platform dalam talian seperti Instagram, Facebook dan Carousell untuk mengeluarkan pos produk berkaitan tembakau.



Dalam pada itu, Biro Narkotik Pusat (CNB) juga menjalankan pengawasan dalam talian secara aktif dan melibatkan syarikat e-dagang, syarikat penghantaran dan industri berkaitan dengan rapat untuk memastikan platform dan penyenaraian mereka tidak disalah guna untuk kesalahan dadah.



Jurucakap CNB berkata beberapa alat penguap mungkin dipasarkan sebagai "produk kesihatan" tetapi mengandungi derivatif ganja, yang merupakan bahan terkawal.



Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Kesihatan (MOH) di Parlimen pada Jumaat lalu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam berkata pihak berkuasa akan mengambil pendekatan pelbagai serampang untuk menangani isu vape termasuk langkah penguatkuasaan dan pendidikan.



"Kami akan terus berusaha ke arah Singapura yang bebas nikotin dengan meneroka usaha seterusnya bagi strategi kawalan tembakau.



"Kami juga akan terus meningkatkan strategi kami untuk menangani isu vape, termasuk mengkaji semula penalti yang digubal, meningkatkan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan," tegasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >