Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah akan terus kekalkan kadar faedah CPF yang murah hati: See Leng

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



KADAR faedah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus dikekalkan dan pemerintah akan terus menawarkan kadar faedah yang murah hati meskipun dalam sekitaran kadar faedah rendah, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ini meskipun kadar faedah bagi Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA), Medisave dan Persaraan (SMRA) - masing-masing pada 2.5 peratus dan 4 peratus - berkait dengan pulangan bagi pelaburan yang mempunyai risiko dan tempoh dalam pasaran yang serupa.



Pada masa sama, Dr Tan menjelaskan bahawa pemerintah akan terus menyemak semula kadar faedah CPF dari masa ke semasa.



Lazimnya, kadar faedah bagi OA, SA dan Akaun Medisave disemak secara suku tahunan manakala Akaun Persaraan (RA) disemak semula setiap tahun.



Dr Tan memberi perincian itu bagi menjawab soalan diajukan oleh Anggota Parlimen (AP), Encik Henry Kwek (SMC Kebun Baru), yang ingin tahu jika kadar faedah CPF akan dinaikkan bagi beberapa tahun mendatang untuk memperkukuhkan kecukupan persaraan.



Turut menjawab pertanyaan AP Parti Pekerja (WP), Encik Louis Chua (GRC Sengkang) - yang ingin tahu bagaimana kadar faedah CPF dihitung - Dr Tan berkata bahawa ini "dikaitkan dengan pulangan bagi pelaburan yang mempunyai risiko serupa dan tempoh dalam pasaran".



Kadar faedah OA dikaitkan dengan kadar simpanan dan deposit tetap purata tiga bulan bagi tiga bank utama setempat, DBS, UOB dan OCBC.



Berdasarkan perangkaan terkini, kadar OA kekal pada sekitar 0.09 peratus.



Kadar SMRA dikaitkan dengan pulangan purata 12 bulan bagi sekuriti pemerintah Singapura, campur 1 peratus.



Anggaran awal menunjukkan kadar SMRA adalah sekitar 3 peratus.



Dr Tan menambah bahawa Lembaga CPF akan mengumumkan kadar faedah CPF bagi Oktober hingga Disember pada bulan depan.



Bagaimanapun, memandangkan kadar sekarang adalah di bawah kadar lantai, makanya kadar faedah bagi OA dan SMRA dikekalkan pada 2.5 peratus dan 4 peratus.



"Meskipun dengan sekitaran kadar faedah yang rendah sejak krisis kewangan sejagat, pemerintah terus memberikan kadar faedah yang murah hati disebabkan kadar lantai.



"Jika kadar berkaitan melebihi kadar lantai, para pencarum akan meraih kadar faedah lebih tinggi bagi simpanan CPF mereka.



"Para pencarum juga boleh mengalihkan dana OA ke SA atau Persaraan untuk meraih kadar bebas risiko yang lebih tinggi," ujar beliau.



Sementara itu, menjawab soalan tambahan diketengahkan oleh Encik Chua mengenai cabaran untuk memberikan kadar faaedah lebih tinggi serta menyemak semula formula perkiraannya, Dr Tan menekankan bahawa kadar faedah CPF adalah bebas risiko serta adalah untuk jangka masa panjang.



Ini berbanding dengan kadar faedah ditawarkan oleh bank-bank, yang merupakan "instrumen tidak menentu, jangka pendek" dengan kadar promosi ditawarkan lazimnya bergantung kepada pelanggan memenuhi kriteria diperlukan - seperti nilai perbelanjaan minimum dan gaji perlu dimasukkan ke akaun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >