Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah ganda pemadanan ke dalam Akaun CDA

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menggandakan wang maksimum pemadanan dolar-ke-dolar dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) bagi anak kedua daripada $3,000 kepada $6,000 dan memberi faedah wang tunai kepada ibu bapa yang tidak layak mendapat cuti bapa atau cuti anak angkat.



Semua kanak-kanak yang merupakan anak kedua yang lahir pada atau mempunyai tarikh bersalin dijangka (EDD) 1 Januari 2021 layak bagi peningkatan ini, yang dijangka memberi manfaat kepada sekitar 12,000 kanak-kanak dan keluarga mereka.



Ini sebahagian sokongan bagi keluarga di Singapura, yang diumumkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah semalam.



Dengan peningkatan tersebut, jumlah maksimum sumbangan pemerintah kepada CDA bagi anak kedua akan meningkat kepada $9,000.



Ini termasuk Geran Langkah Pertama CDA sebanyak $3,000 yang akan diberikan secara automatik ke dalam akaun kanak-kanak itu.



Secara keseluruhan, ibu bapa boleh menerima sokongan kewangan sehingga $24,000 bagi anak kedua mereka.



Sementara itu, memberi respon kepada usulan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon), Cik Indranee berkata bagi menyokong ibu bapa yang tidak layak menerima cuti bapa atau cuti anak angkat, pemerintah akan memperkenal Manfaat Paterniti yang Dibayar Pemerintah (GPPB) dan Manfaat Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah (GPAB).



"Ini seakan Manfaat Bersalin yang Dibayar Pemerintah sedia ada bagi ibu-ibu yang bekerja di mana manfaat kewangan diberikan sebagai gantian cuti yang dibayar pemerintah jika keadaan pekerjaan mereka tidak memenuhi syarat membolehkan mereka mendapat cuti," kata Cik Indranee.



Beliau menambah bahawa sekitar 500 bapa yang bekerja dan ibu angkat dijangka meraih manfaat daripada GPPB dan GPAB setiap tahun.



Kriteria kelayakan dan butiran proses permohonan akan diumumkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >