Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah kekal komited sokong aspirasi rakyat miliki rumah sendiri

HDB sedang kerjasama dengan kontraktor, agensi lain bagi kurangkan penangguhan pembinaan
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



Encik Lee berkata: "Di tengah-tengah cabaran yang tidak menentu akibat pandemik, kami kekal komited untuk menyokong aspirasi rakyat Singapura untuk memulakan keluarga dan memiliki rumah mereka sendiri."



Di Queen's Arc, harga flat bermula daripada $382,000 tanpa geran bagi flat tiga bilik dan $540,000 bagi flat empat bilik, menjadikannya unit paling mahal dalam estet matang semasa pelancaran ini.



Ini merupakan kali pertama dalam sembilan tahun flat baru dilancarkan di Queenstown.



Projek BTO terakhir yang dilancarkan di kawasan itu ialah projek Ghim Moh Edge sebanyak 1,179 pada November 2012.



Menurut data rasmi HDB, terdapat sekurang-kurangnya tujuh unit di Ghim Moh Edge telah bertukar tangan bagi sekurang-kurangnya $1 juta dengan perjanjian terkini yang ditandatangani ialah unit lima bilik pada April lalu bernilai $1.07 juta.



Pembeli juga perlu menunggu lebih lima tahun bagi flat-flat tersebut, penantian paling lama dalam pelancaran ini, dengan projek itu dianggarkan selesai pada suku ketiga 2027.



HDB berkata masa menunggu lebih lama akibat kerja-kerja persediaan tambahan yang diperlukan bagi tapak ini serta reka bentuk projek.



"Satu daripada blok perumahan dalam projek ini mempunyai 39 tingkat dan jauh lebih tinggi daripada kebanyakan flat BTO yang lain. Justeru masa pembinaan lebih lama," kata HDB.



Sebelum pandemik, masa menunggu bagi flat BTO sekitar tiga hingga empat tahun.



Akur akan masa menunggu lebih lama bagi kebanyakan projek BTO, Encik Lee dalam kiriman di Facebook menjelaskan bahawa penangguhan bergantung pada beberapa faktor.



"Penangguhan itu berbeza bagi setiap projek BTO bergantung pada keadaan di setiap tapak seperti kesediaan tenaga manusia, rentak pembinaan dan kesediaan bekalan peralatan yang ada," tambahnya.



Beliau bagaimanapun memberi jaminan HDB sedang bekerjasama dengan kontraktor dan agensi lain untuk mengurangkan penangguhan pembinaan dan akan memberikan perkembangan terkini kepada pembeli.



Selain itu, terdapat dua projek BTO di estet matang di Tampines dengan projek terbesar ialah GreenQuartz.



Sebanyak 1,613 flat fleksi dua bilik, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di tapak berdekatan stesen MRT Tampines West.



Projek lebih kecil pula ialah Tampines GreenJade di mana 545 unit empat dan lima bilik ditawarkan dengan harga bermula daripada $342,000.



Ketua eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata latihan penjualan BTO ini menawarkan bilangan flat yang tinggi di estet matang, berbanding dua pelancaran sebelumnya.



Ini bermakna pembeli mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan unit di estet lebih matang, yang selalunya lebih popular.




"Penangguhan itu berbeza bagi setiap projek BTO bergantung pada keadaan di setiap tapak seperti kesediaan tenaga manusia, rentak pembinaan dan kesediaan bekalan peralatan yang ada."
- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >