Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah kerja rapat dengan masyarakat tangani ancaman radikalisasi

Feb 07, 2023 | 06:27 PM



PEMERINTAH bekerja rapat dengan rakan masyarakat dan badan agama untuk memerangi ancaman radikalisasi di dalam dan luar talian, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.


Ia juga melaksanakan langkah-langkah untuk menyekat akses oleh pengguna Singapura ke laman yang menyebarkan radikalisasi dan ekstremisme, tambah beliau.


Dalam jawapan bertulis bagi soalan Parlimen berhubung usaha memerangi radikalisasi pada Isnin (6 Feb), Encik Shanmugam berkata sejak 2017, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah menganjurkan beberapa Seminar Memerangi Pengganasan untuk memberi maklumat terkini mengenai ancaman pengganasan dan radikalisasi dalam talian kepada lebih 500 badan agama.


Di bawah program Persediaan Krisis bagi Badan Agama MCCY, badan-badan sedemikian juga dilatih untuk membangunkan keupayaan bertindak terhadap ancaman pengganasan dan krisis lain.


Latihan itu termasuk bengkel untuk mengenal pasti tanda-tanda radikalisasi dan membangunkan keupayaan mempertingkat pendekatan dalam talian mereka.


Encik Shanmugam berkata MCCY dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) juga bekerjasama dengan badan agama untuk meneroka bidang kerjasama baru dalam usaha membina ruang yang dikongsi bersama dan menolak ajaran dan amalan yang memisahkan.


“Contohnya, pada Jun 2019, pemimpin agama kita secara kolektif mengesahkan Komitmen Melindungi Keharmonian Agama di Singapura. 


“Komitmen ini menyatakan nilai-nilai yang dikongsi bersama untuk melindungi keharmonian agama dan mengetengahkan cara praktikal bagi rakyat Singapura berbeza agama boleh membina ruang yang dikongsi bersama,” kata beliau.


Selain itu, pemerintah mendekati kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman pengganasan dan radikalisasi dalam talian serta kepentingan untuk melaporkan kes awal.


Ini dilakukan melalui gerakan SGSecure dan juga badan masyarakat seperti Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).


Antara lain, pemerintah tidak membenarkan pendakwah agama asing memasuki Singapura jika ajaran mereka bersifat memisahkan atau tiada toleransi terhadap kepercayaan dan amalan agama lain, yang bertentangan dengan masyarakat silang kaum dan agama negara ini, kata Encik Shanmugam.


November lalu, Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (Pelbagai Pindaan) diluluskan di Parlimen untuk mengukuhkan lagi langkah-langkah menangani kandungan dalam talian di media sosial yang bahaya, termasuk kandungan menyokong keganasan atau mungkin menyebabkan ketidakharmonian kaum dan agama.


“Radikalisasi adalah ancaman terhadap fabrik sosial kita, dan meskipun ia kurang ketara berbanding kehilangan nyawa yang serta-merta, ia boleh merosakkan negara kita secara keseluruhan.


“Kami akan terus bekerja rapat dengan badan agama, agensi pemerintah lain dan masyarakat untuk mencari cara mendidik orang ramai mengenai radikalisasi,” kata beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >