Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah komited sokong sektor sumber manusia bagi pengukuhan kerjaya: Zaqy

May 11, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan sektor sumber manusia (HR) bagi mengukuhkan kerjaya itu di Singapura.



Ini dilakukan dengan pelancaran Pelan Transformasi Industri HR (HR ITP) yang bertujuan mengembangkan peranan HR bagi memacu strategi dan kecemerlangan operasi demi membawa kepada peningkatan hasil dan nilai perniagaan.



Pelancaran pelan lima tahun itu dirasmikan oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, di Festival HR Tech Asia 2023 pada Rabu.



Dalam ucapannya di acara yang diadakan di Dewan Konvensyen Suntec itu, Encik Zaqy berkata: "Ini adalah masa yang menarik untuk HR membentuk dan membangunkan pertubuhan masa depan, di tengah-tengah dunia pekerjaan yang berkembang dipercepatkan oleh perubahan demografi dan kemajuan teknologi.



"Lebih daripada sebelumnya, perniagaan memerlukan HR untuk memainkan peranan proaktif dalam menangani pentingnya bakat berdaya saing di arena global. Ini memerlukan perspektif yang strategik dan penetapan minda kepimpinan, disokong oleh kecekapan HR yang kukuh dan kemahiran sedia masa hadapan.



"Pemerintah komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan sektor HR bagi mencapai ini."



HR ITP berpandukan dua teras utama dalam saranan Panel Penasihat Transformasi HR 2020 iaitu untuk membina keupayaan HR perusahaan bagi menyokong transformasi perniagaan, dan untuk meningkatkan tenaga kerja HR dengan penetapan minda dan kemahiran yang relevan.



Bagi menyokong majikan dalam transformasi keupayaan HR, pemerintah akan mendorong digitalisasi HR, kata Encik Zaqy.



Antara lain, Geran Huraian Produktiviti (PSG) telah dipertingkat untuk menyokong huraian teknologi HR baru bagi membantu perniagaan melabur dalam teknologi tersebut.



Pemerintah juga menyediakan lebih banyak alat untuk membantu majikan membangunkan keupayaan perancangan tenaga kerja dan HR yang strategik.



Tahun depan, Pusat Kecemerlangan Reka Bentuk Semula Kerja baru yang diterajui oleh Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP) akan ditubuhkan sebagai pusat sehenti untuk membantu syarikat menavigasi perjalanan transformasi pekerjaan mereka, dan memudahkan akses kepada sumber untuk keperluan reka bentuk semula pekerjaan mereka.



Encik Zaqy berkata karyawan HR juga boleh menjangkakan lebih banyak program untuk menyokong pembangunan kepimpinan dan peningkatan kemahiran mereka.



Selain itu, tiga buku panduan HR baru bagi menangani isu HR biasa atau khusus kepada sektor akan dihasilkan dalam masa 12 bulan akan datang.



Buku-buku itu akan memberi tumpuan kepada pengambilan kerja berasaskan kemahiran untuk peranan teknologi dan untuk membantu HR dalam sektor runcit dan pembinaan.



IHRP telah memperkenalkan tujuh buku panduan sejak 2021.




"Lebih daripada sebelumnya, perniagaan memerlukan HR (sumber manusia) untuk memainkan peranan proaktif dalam menangani pentingnya bakat berdaya saing di arena global. Ini memerlukan perspektif yang strategik dan penetapan minda kepimpinan, disokong oleh kecekapan HR yang kukuh dan kemahiran sedia masa hadapan."



- Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >