Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah lantik Ketua Pegawai Kemampanan dan Sekitaran, pacu usaha hijau negara

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kemampanan dan Sekitaran (MSE) akan menubuhkan jawatan Ketua Pegawai Kemampanan dan Sekitaran (GCSO) untuk memacu usaha kemampanan negara berkuat kuasa 1 Januari 2023.



MSE akan melantik Encik Lim Tuang Liang (gambar) sebagai GCSO pertama yang akan memacu rancangan tersebut bagi merealisasikan Singapura yang mampan, cekap sumber dan berdaya tahan iklim.



Ini sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030 demi memajukan agenda nasional dalam pembangunan kemampanan.



Pelan tersebut mempunyai sasaran tinggi dan konkrit dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengukuhkan lagi komitmen Singapura di bawah Agenda Pembangunan Kemampanan 2030 dan Perjanjian Paris, sejajar dengan aspirasi Singapura untuk mencapai pelepasan sifar bersih.



Di bawah Pelan Hijau, sektor awam akan berusaha untuk mencapai sasaran kemampanan dalam pengurangan karbon dan pertingkatkan kecekapan sumber. Usaha ini didorong di bawah inisiatif GreenGov.SG.



Pemerintah juga akan bekerjasama dengan syarikat korporat dan kumpulan masyarakat untuk memangkin inisiatif asas dalam menggalakkan kemapanan.



Encik Lim akan menyelia Pejabat Kemampanan Sektor Awam (PSSO) dan Pejabat Perkongsian Kemampanan (SPO) MSE untuk bekerjasama dengan agensi sektor awam dalam membangunkan dan menyelaras strategi GreenGov.SG serta menerajui pihak berkepentingan perkongsian pemerintah, termasuk perniagaan, rakan kongsi masyarakat sivil dan individu, demi memajukan agenda kemampanan negara.



Encik Lim akan dilantik secara serentak sebagai Timbalan Setiausaha (Tugas-tugas Khas), MSE.



Beliau akan melepaskan jawatannya sekarang sebagai Ketua Pegawai Sains dan Teknologi (CSTO) MSE apabila penggantinya sudah dilantik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >