Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

LAWATAN MENTERI KEWANGAN LAWRENCE WONG KE AMERIKA SYARIKAT

Pemerintah mesti pacu pertumbuhan inklusif, mampan: Lawrence

Turut perlu perkukuh semula aturan global agar terbuka, berdasarkan peraturan, dengan komitmen kukuh huraian pelbagai hala
Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH mesti memacu pertumbuhan inklusif dan mampan sebagai respons kepada ketidaktentuan dan cabaran struktur mendalam yang dihadapi hari ini, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini termasuk mengubah semula dasar fiskal dan peranan negara ke arah membina kapasiti jangka panjang dan barangan awam, yang boleh termasuk prasarana seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.



Ia juga memerlukan usaha memupuk agenda bersama yang diperbaharui antara sektor awam dan swasta melebihi projek tertentu, dalam bidang seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembelajaran sepanjang hayat, tambahnya.



Dalam soal luaran, ia juga melibatkan usaha memperkukuh semula aturan antarabangsa agar ia terbuka dan berdasarkan peraturan, dengan komitmen lebih kukuh terhadap huraian pelbagai hala.



Encik Wong berkata demikian dalam ucapan di Institut Peterson bagi Ekonomi Antarabangsa, sebuah pertubuhan penyelidikan bebas di Washington DC, kelmarin.



Ia sebahagian daripada rangka lawatan beliau ke Washington DC dan New York City untuk, antara lain, bertemu anggota pentadbiran Amerika Syarikat dan menghadiri Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF.



Ia ucapan awam pertama Encik Wong sejak beliau diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) parti Parti Tindakan Rakyat (PAP) minggu lalu, yang membuka laluan bagi beliau menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.



Dalam ucaptama itu, beliau menyentuh tentang cabaran yang dihadapi ekonomi dan respons yang mungkin boleh diambil bagi mengatasinya.



"Ekonomi di mana-mana masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan berlarutan Covid-19, terutamanya dalam memulihkan rantai bekalan. Kita kini menghadapi satu lagi cabaran besar, dicetuskan oleh perang di Ukraine," katanya.



Isu-isu ini menambah kepada cabaran struktur dalam pertumbuhan, masyarakat inklusif dan kemampanan, kata Encik Wong.



Globalisasi kini menuju ke era baru pemisahan, dengan kemungkinan dunia semakan berpecah belah dari segi ekonomi, yang mencerminkan dunia lebih berpecah belah dari segi politik, tambahnya.



Pertumbuhan juga kurang inklusif, kata Encik Wong, sedang teknologi menyumbang kepada kemerosotan pekerjaan kelas pertengahan dalam beberapa industri dan Covid-19 juga menjejas pekerja kurang kemahiran secara tidak seimbang.



"Kesan daripada faktor-faktor ini - pertumbuhan pendapatan lemah dan tidak rata, ketidaksamaan tinggi, serta mobiliti sosial lemah - menimbulkan risiko besar kepada kita semua.



"Apabila orang ramai berasa mereka tidak mampu berjaya tidak kira sekeras mana usaha mereka; apabila anak-anak mereka tidak mencapai yang lebih baik daripada mereka - kestabilan sosial terjejas, dan keadaan mula runtuh."



Sementara itu, keperluan mengambil tindakan bermakna bagi menangani perubahan iklim semakin meningkat, terutamanya apabila pergantungan pada bahan api fosil dijangka meningkat pada jangka pendek dek konflik Ukraine.



"Ini mungkin diperlukan untuk mengatasi kekurangan tenaga jangka pendek, dan bagi memastikan lampu terus menyala. Tetapi ini juga bermakna kita mesti menggandakan usaha jangka sederhana dan panjang, bagi menetapkan harga sesuai bagi karbon, mengawal pelepasan dan melabur dalam teknologi rendah karbon lebih bersih," katanya.



Dalam menyahut cabaran ini, beliau berkata ia "bukan tentang jumlah perbelanjaan saja, tetapi bagaimana dan apa yang kita belanjakan".



"Ia berkenaan pemerintah yang memainkan peranan lebih aktif dan penuh tekad untuk mencapai matlamat jangka panjang penting - untuk meningkatkan produktiviti, untuk menangani ketidaksamaan dan menghidupkan semula mobiliti sosial, dan untuk memangkin ekonomi hijau," ujarnya.



Perbelanjaan awam boleh dilaksana dengan lebih baik bagi kebaikan bersama, melalui perbelanjaan untuk memperbaharui dan mengembangkan prasarana kritikal, melabur dalam pembangunan awal kanak-kanak dan memperbaharui bidang yang mengalami kemerosotan ekonomi, ujarnya.



Menangani isu ini juga memerlukan kerjasama lebih luas dan mendalam antara sektor awam dan swasta.



Dalam R&D, sebagai contoh, dua pihak itu boleh bekerjasama untuk memacu pembangunan teknologi dalam bidang keperluan mendesak, seperti penyelesaian hijau bagi menangani perubahan iklim, walaupun semasa teknologi belum lagi boleh memberi keuntungan atau dilaburkan.




APA KATA ENCIK WONG MENGENAI...



PERTUMBUHAN KURANG INKLUSIF

"Kesan daripada faktor-faktor ini - pertumbuhan pendapatan lemah dan tidak rata, ketidaksamaan tinggi, serta mobiliti sosial lemah - menimbulkan risiko besar kepada kita semua. Apabila orang ramai berasa mereka tidak mampu berjaya tidak kira sekeras mana usaha mereka; apabila anak-anak mereka tidak mencapai yang lebih baik daripada mereka - kestabilan sosial terjejas, dan keadaan mula runtuh."



PERLU TANGANI PERUBAHAN IKLIM

"Ia bukan tentang jumlah perbelanjaan saja, tetapi bagaimana dan apa yang kita belanjakan... Ia berkenaan pemerintah yang memainkan peranan lebih aktif dan penuh tekad untuk mencapai matlamat jangka panjang penting - untuk meningkatkan produktiviti, untuk menangani ketidaksamaan dan menghidupkan semula mobiliti sosial, dan untuk memangkin ekonomi hijau."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >