Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah nyata kedudukan dalam Kertas Putih mengenai semakan Presiden Dipilih (EP)

Sep 15, 2016 | 06:56 PM



PEMERINTAH bersetuju dengan saranan Suruhanjaya Perlembagaan (CC) untuk mengadakan peruntukan bagi memastikan setiap kumpulan etnik diwakili sebagai Presiden Dipilih (EP), sekali gus merintis jalan bagi seorang Melayu menyandang jawatan tertinggi negara itu.

Peruntukan bagi presiden daripada kaum minoriti itu adalah antara saranan Suruhanjaya Perlembagaan mengenai EP yang dipersetujui dan disiarkan dalam Kertas Putih Pemerintah yang baru dikeluarkan petang ini.

Pemerintah juga bersetuju dengan saranan agar calon daripada sektor swasta, yang kini diperlukan menyandang jawatan pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sesebuah syarikat dengan modal berbayar $100 juta, diubah kepada eksekutif paling kanan syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah $500 juta.

Kertas Putih itu juga menyatakan pemerintah bersetuju untuk menyeragamkan kriteria kelayakan bagi badan dan syarikat pemerintah dengan sektor swasta.

Sehubungan itu, pemerintah menetapkan calon presiden perlu memenuhi tuntutan tempoh minimum tiga tahun dalam jawatan yang layak - walaupun Suruhanjaya Perlembagaan mengusul tempoh enam tahun dalam laporannya.

Mengulas tentang kedudukan pemerintah yang dinyatakan dalam Kertas Putih tersebut, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam berkata meskipun pemerintah secara umumnya menerima usulan Suruhanjaya itu, mereka mempunyai pendirian berbeza dalam beberapa perkara setelah meneliti pelbagai saranan itu.

Antara perkara yang tidak dipersetujui pemerintah ialah saranan untuk kembali ke sistem pelantikan Presiden, seperti yang diterangkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebelum ini.

Selain itu, pemerintah bersikap berhati-hati berhubung beberapa perkara bagi memperketatkan lagi kriteria kelayakan untuk Presiden yang boleh mengurangkan lagi bilangan calon berpotensi, kata Encik Shanmugan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >