Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah, pemimpin masyarakat akur dedah data kaum banduan, penjenayah tidak bermanfaat

Jul 05, 2022 | 05:30 AM



MENGELUARKAN statistik mengenai komposisi kaum penghuni penjara dan pesalah jenayah "boleh memperdalamkan" stereotaip, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam.



Bercakap di Parlimen, Encik Shanmugam berkata pemerintah "berhati-hati" tentang mendedahkan data sedemikian secara terbuka.



Beliau berkata mengeluarkan data tertentu boleh menjejaskan masyarakat.



Encik Shanmugam berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah), yang meminta alasan disebalik tidak mendedahkan secara terbuka pecahan kaum penghuni penjara dan pesalah jenayah.



Stereotaip sudah pun wujud dan mengeluarkan data sedemikian membawa risiko mengukuhkannya lagi, kata Encik Shanmugam.



Beliau menambah bahawa ini akan menjejaskan usaha Singapura membina hubungan harmoni antara semua kaum di sini dan menyukarkan negara ini mencapai keharmonian kaum.



Masyarakat Melayu dan India telah melihat peningkatan dalam pencapaian pendidikan dan kadar celik huruf sejak sedekad lalu, katanya.



Masyarakat Melayu, tambah beliau, telah mencapai kemajuan ketara, misalnya menggandakan lulusan universiti Melayu dan meningkatkan perkadaran orang Melayu yang bekerja sebagai profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik (PMET).



Data banci yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan perkadaran mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas yang lulus universiti adalah 10.8 peratus bagi masyarakat Melayu pada 2020, hampir dua kali ganda berbanding pada 2010, iaitu 5.5 peratus.



Ia juga menunjukkan bahagian PMET dalam kalangan orang Melayu meningkat daripada 28 peratus pada 2010 kepada 39 peratus pada 2020.



Encik Shanmugam berkata pemerintah telah berunding dengan banyak kumpulan dan pemimpin masyarakat yang berbeza bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai apakah pecahan sedemikian patut dikeluarkan.



Pandangan sebulat suara ialah langkah sedemikian tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat di sini, menurut beliau.



Pemimpin masyarakat berpendapat ia mungkin terlalu mudah untuk hanya melihat pada pecahan kaum, kerana ia akan menjejas penambahbaikan yang dibuat oleh masyarakat masing-masing dan mengabaikan faktor penyumbang lain yang boleh menyebabkan seseorang melakukan jenayah, kata Encik Shanmugam.



"Secara keseluruhan, mereka bersetuju statistik jenayah dan banduan berasaskan kaum perlu terus dikongsi dalam sekitaran tertutup dengan kumpulan dan pemimpin masyarakat, supaya kita boleh menangani isu itu sebagai sebuah masyarakat.



"Adalah penilaian pemerintah dan juga pemimpin masyarakat bahawa statistik banduan dan pesalah berasaskan kaum tidak seharusnya dikeluarkan," tambah beliau.



Bagaimanapun, ada pengecualian bagi pengeluaran data berasaskan kaum, dan Encik Shanmugam berkata pemerintah telah melakukannya dalam banci penduduk Singapura, serta dalam statistik mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan penyedut melalui laporan tahunan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Pengeluaran data berasaskan kaum dalam laporan CNB itu dibuat untuk menggerakkan masyarakat supaya bertindak, ujarnya.



Sedang beliau mengakui data mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan penyedut juga boleh membawa kepada stereotaip, penilaian pemerintah dalam kes sedemikian ialah manfaat yang boleh diraih dalam melakukannya melebihi akibat negatif yang boleh timbul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >